Pulau Jeju merupakan destinasi pulau peranginan yang terkenal terletak di bahagian selatan Korea Selatan. Umum mengetahui Jeju mempunyai banyak lokasi-lokasi cantik. Jadi disini admin nak share sikit perkara-perkara yang anda perlu tahu tentang Pulau Jeju sebelum mengunjungi pulau peranginan ini.
Cuaca
Pulau Jeju merupakan negeri empat musim dan juga sub-tropikal. Admin memang sarankan anda silalah datang ke Jeju dan rasai sendiri keempat-empat musim di Jeju. Setiap musim mempunyai keistimewaannya tersendiri.
Empat Musim di Jeju
Admin cakap awal-awal, angin di Jeju memang boleh tahan kencangnya! Melayang-layang tudung admin kena tiup angin. Sebaiknya, kaji dulu cuaca dan pakaian yang bersesuaian sebelum datang ke sini. Elakkan datang pada musim ribut dan hujan.
Hujan tidak menghalang mereka daripada tersenyum
Cuaca di Jeju juga kadang-kadang diluar jangkaan kita. Ada kemungkinan hari yang dikatakan cerah akan berlaku ribut ataupun hujan sepanjang hari. Bawa wind-breaker dan baju hujan sebagai persediaan awal. Jika anda mahu beli baju hujan di Jeju pun boleh. Sekurang-kurangnya ada souvenir dari Jeju.
Persediaan: Baju hujan, wind-breaker, payung dan kasut boot (winter).
Pemandangan yang sangat menawan tapi….
Anda yang ingin mengunjungi Jeju mesti sudah tahu betapa cantiknya Pulau ini. Pulau Jeju diiktiraf 7 New Wonders of Nature. Banyak lokasi-lokasi menarik yang boleh dikunjungi di sekitar pulau ini. Antara lokasi yang selalu dikunjungi pelawat adalah Seongsan Ilchulbong, Jusangjeolli Cliff, Yeongmori Coast dan Cheonjeyeon Waterfall.
Cheonjeyeon Waterfall
Jusangjeolli Cliff
Haa cantikkan Jeju? Tapi….. Ada tapinya! Untuk dapatkan pemandangan yang cantik ni anda kena jalan sikit lah. Perlukan sedikit pengorbanan untuk dapatkan kemanisan pemandangan secantik ini. Admin sarankan anda buat sedikit persediaan fizikal sebelum ke sini. Kena banyak jalan tau. Bolehlah anda update berapa steps anda sepanjang berada di Jeju di media sosial.
Pemandangan di Seongsan Ilchulbong (Gunung Berapi)
Persediaan: Kasut yang bersesuaian dan selesa untuk berjalan jauh@hiking.
Tiada Google Maps
Di Korea Selatan anda tidak dapat akses Google Maps sepenuhnya. Google Maps tidak dapat memberikan anda maklumat lengkap peta2 di Jeju. Sebagai alternatif, anda boleh muat turun apps seperti Naver Map ataupun Kakao Map. Kedua-dua aplikasi ini memang sangat membantu. Sesuai bagi anda yang memandu sendiri dan jika anda menaiki pengangkutan awam pun ada disediakan maklumat lengkap seperti, nombor bas, perhentian bas, dan tempat pertukaran bas.
Aplikasi Naver Map
Pengangkutan
Perkhidmatan pengangkutan awam yang terdapat di Jeju terhad kepada bas dan teksi sahaja. Jika anda mahu melawat di sekitar Jeju menggunakan pengangkutan awam, ianya tidak mustahil. Anda perlukan T-Money Card jika anda mahu menggunakan pengangkutan awam. Ianya berfungsi seperti Touch n Go. Anda boleh dapatkan T-Money Card ini dan tambah nilai di mana-mana kedai serbaneka seperti 7-Eleven, GS 25 ataupun CU.Tapi agak jerih lah nak tunggu sebab bas ke lokasi-lokasi tertentu adalah terhad pada waktu-waktu tertentu. Dari satu lokasi ke satu lokasi mungkin memakan masa yang lama dan anda mungkin perlu mengubah itinerary anda jika bergantung pada bas sahaja.
Pengangkutan Bas di Jeju
Pilihan lain adalah cater teksi sepanjang hari. Anda boleh dapatkan perkhidmatan ini sebaik sahaja anda tiba di Airport Jeju. Anda boleh juga sewa sebiji teksi untuk bawa anda melawat di sekitar Jeju. Pemandu teksi boleh beri cadangan itinerary bersesuaian dengan masa yang anda ada. Yang menariknya, anda boleh bayar menggunakan cash, T-Money Card amhupun Kad Kredit anda.
Terdapat juga opsyen jika anda mahu memandu sendiri sekitar Jeju. Apa yang anda perlu sediakan adalah International Driving Permit (IDP). Anda boleh dapatkan IDP di JPJ berdekatan. Cuma isi borang dengan bayaran RM150 anda boleh dapatkan IDP dengan tempoh laku selama setahun. Dimana mahu sewa kereta? Anda boleh sahaja sewa kereta di Airport Jeju ataupun anda boleh buat persediaan awal dengan menyewa kereta anda di KERETA SEWA JEJU.
Maklumat lanjut mengenai Kereta Sewa Jeju di
https://jejumuslimtravel.com/kereta-sewa-jeju/
Ketahui cara-cara memohon IDP ini di
https://jejumuslimtravel.com/cara-memohon-permit-memandu-antarabangsa/
Persediaan: International Driving Permit.
Penginapan
Tentang tempat penginapan pula, kena tengok juga anda jenis pengembara macam mana. Adakah anda selesa dengan hotel bajet, hotel 3 bintang@4 bintang, Air Bnb, hostel backpackers atau guesthouse? Dan lokasi juga penting untuk diambil kira.
Penginapan di Jeju
Jika anda berjiwa backpackers, anda boleh menyewa penginapan berdekatan dengan stesen bas. Penginapan yang murah, lokasi yang dekat dengan akses bas amat sesuai untuk pengembara yang mempunyai bajet minima. Penginapan yang admin cadangkan ialah Jeju Masil Guesthouse. Bagi pelancong yang inginkan keselesaan, anda boleh menginap di hotel 3 bintang@4 bintang. Dan pilihlah lokasi yang bersesuaian dengan jiwa anda. Bagi yang suka shopping, admin cadangkan anda menginap di tengah bandar Jeju. Manakala bagi mereka yang suka pemandangan yang cantik, anda boleh pilih penginapan yang berada di lokasi-lokasi cantik sekitar Jeju. admin nak bagi cadangan pun payah, sebab terlalu banyak lokasi cantik di Jeju.
Tips: Plan betul-betul dimana anda mahu menginap dan kaji lokasi penginapan anda.
Bahasa
Di Jeju ni, bahasa yang digunakan adalah bahasa Korea. Kebanyakan pelancong yang datang ke Jeju juga banyak dari kalangan orang tempatan dan pelancong dari China. Jadi ada kekangan bahasa kerana tidak semua boleh berbahasa Inggeris. Peniaga-peniaga kebanyakannya tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Admin cadangkan aplikasi Google Translate ataupun aplikasi Naver Papago. Guna je aplikasi ini untuk berkomunikasi.
Aplikasi Naver Papago
Tips: Pelajari bahasa asas Korea jika anda nak digemari imo dan nak dapatkan diskaun dari peniaga-peniaga lokal.
WiFi
Di sekitar Jeju ni anda boleh akses WiFi percuma. Tapi tak di semua lokasi terdapat kemudahan ini. Jika anda mahukan akses WiFi berterusan, anda ada dua pilihan; samada sewa portable WiFi di Airport (boleh dapatkan di KLIA 2 ataupun Airport Jeju) atau anda boleh beli Simcard yang ada pakej internet.
Contoh Portable Wifi Roaming Man
Contoh EG Simcard
Tips: Kebiasaannya di tempat penginapan (hotel/hostel/guesthouse) ada disediakan WiFi, jadi anda bolehlah guna WiFi sedia ada untuk jimatkan penggunaan WiFi anda sepanjang berada di Jeju.
Persediaan: Sewa portable WiFi di KLIA 2