Bagi mereka yang adventurous dan sukakan sukan lasak, anda boleh cuba aktiviti-aktiviti ini di Jeju. Jangan lepaskan peluang ini jika anda berpeluang datang ke Jeju.
Mendaki Gunung Hallasan
Jika anda seorang hikers sejati, anda mungkin tidak mahu melepaskan peluang untuk mendaki gunung berapi tertinggi di seluruh Korea Selatan. Terdapat 4 trail utama untuk mendaki Gunung Hallasan. Tetapi hanya ada 2 trail sahaja yang membolehkan anda sampai ke kawah gunung berapi iaitu Gwaneumsa dan Seongpanak trail.
Trail untuk mendaki Hallasan:
- Gwaneumsa Trail – 8.7km (one-way) and 8-10 jam (return)
- Seongpanak Trail – 9.6km (one-way) and 7-9 jam (return)
- Eorimok Trail – 4.7km (one-way) and 2.5 hours (return)
- Yeongsil Trail – 3.7km (one-way) and 2 hours (return)
Untuk mendaki Hallasan tiada yuran kemasukan diperlukan. Tetapi, syarat mendaki hanya dibolehkan pada siang hari sahaja. Jika anda tidak sampai di check point tertentu pada waktu ditetapkan, anda perlu turun semula ke kaki gunung. Jadi, plan hari pendakian anda dan jaga stamina.
Peta Pendakian Gunung Hallasan
Yeongsil Trail
Berbasikal Mengelilingi Pulau Jeju
Aktiviti berbasikal juga lazim di Pulau Jeju. Anda boleh menikmati pemandangan cantik di sepanjang pesisiran pantai Jeju. Jika anda cyclist sejati, anda mesti mempunyai basikal sendiri dan cenderung untuk membawa basikal anda ke Jeju. Fasiliti untuk penunggang basikal tidaklah lengkap, akan tetapi jalan khas untuk penunggang basikal ada disediakan. Kebiasaannya jalan khas ini terdapat di sepanjang pesisir pantai Jeju. Di bawah adalah peta untuk mereka yang teringin berbasikal mengelilingi Pulau Jeju. Sebaiknya rancang perjalanan anda dengan teliti supaya pergerakan anda berjalan dengan lancar.
Trek bagi penunggang basikal
Peta berbasikal di sepanjang pesisir Jeju
Tetapi jika anda hanyalah seorang yang gemar berbasikal, anda boleh sahaja menyewa basikal di sini. Banyak juga kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan berbasikal di Jeju. Antara aktiviti paling popular adalah berbasikal mengelilingi Pulau Udo. Pulau Udo adalah pulau kecil di sebelah barat Jeju. Ianya hanya mengambil masa 2 jam untuk anda berbasikal mengelilingi Udo. Jangan lepaskan peluang ini jika anda ke Jeju.
Berbasikal di Pulau Udo
Berjalan Sepanjang ‘Olle Trail’
Olle trail pula adalah trek pejalan kaki yang dibuat di sepanjang pesisir pantai Jeju. Ianya berlainan dengan trek penunggang basikal. Olle trail ini adalah trek yang bersambung di keliling pesisir Jeju sepanjang 422 KM dan terdapat 26 trek secara total. Jika anda ada masa terluang, bolehlah anda cuba berjalan di sepanjang olle trail. Pemandangannya sangat memukau!
Peta Olle Trail
Sepanjang trek, terdapat info-info penting bagi pejalan kaki.
Pemandangan yang anda boleh dapati di sepanjang Olle Trail memang sangat cantik.
Zipline Merentasi Ladang Teh
Uniknya di Jeju, aktiviti Zipline merentasi ladang Teh yang memukau! Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang mencuba aktiviti ini. Lokasinya adalah di ladang teh Daheeyeon.
Terdapat 3 course yang anda boleh cuba untuk merentasi ladang teh. Course yang pertama adalah merentasi hutan pokok cedar, course kedua akan membawa anda untuk merentasi ladang teh, manakala course ketiga pula anda akan dapat merasai pengalaman merentasi tasik. Anda boleh membeli tiket terlebih dahulu di laman web Trazy atau Klook.
Course kedua: Merentasi Ladang Teh
Jika bukan seorang yang gemar aktiviti lasak seperti ini, anda boleh menikmati secawan teh di Cave Cafe atau anda boleh melawat Tea Museum yang terdapat di situ.
Cave Cafe
Menunggang Kuda
Anda boleh cuba aktiviti menunggang kuda di Jeju. Aktiviti ini sangat lazim di Jeju dan terdapat di kebanyakan tempat yang luas dan tempat tarikan pelancong cuma berbeza pemandangan. Antara tempat-tempat tarikan pelancong yang ada menyediakan aktiviti ini adalah di Seongsan Ilchulbong, Seopjikoji Lighthouse, dan Pulau Udo. Bayarannya pun tidaklah mahal. Cuma 5,000 won untuk satu tunggangan. Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba aktiviti ini.
Aktiviti menunggang kuda di Pulau Udo
Jika anda ada masa lebih dan kelapangan ketika anda berada di Pulau Jeju, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba aktiviti-aktiviti menarik ini. Bukannya selalu dapat peluang bercuti ke Jeju kan? Apa salahnya jika anda keluar daripada zon selesa anda dan cabar diri anda untuk mencuba aktiviti-aktiviti ini.