Tips Untuk Lepas Immigresen
Okay. Tips yang admin nak share ni adalah perkara paling basic bagi traveller dan ianya bukanlah suatu benda baru. Admin ada terbaca perkongsian rakan Twitter baru-baru ini tentang kecuaian diri sendiri yang membawa kerugian dan anda boleh mengelakkan benda ini daripada terjadi kepada anda!
Ceritanya, individu ini sangkut di Imigresen setelah tiba di Korea. Apabila diajukan soalan oleh pihak Imigresen tentang itinerary dan dimana beliau akan menginap, individu tersebut gagal memberikan jawapan. Ini membangkitkan rasa curiga pada pihak imigresen. Jadi, apa yang terjadi? Sebab individu tersebut tidak ambil berat tentang percutian beliau dan menyerahkan segala urusan details dan itinerary pada isterinya. Apabila ditanya tentang tiket flight (return), itinerary, hotel booking, semuanya dia tidak tahu. Setelah diskusi dengan pihak Imigresen selama lebih 4 jam, barulah individu itu dilepaskan. Hampir sahaja beliau dihantar pulang ke Malaysia.
Jadi apa yang anda boleh buat untuk elakkan perkara begini terjadi pada anda?
1.Print tiket penerbangan anda dan Itinerary.
Pastikan anda ada hardcopy tiket penerbangan anda. Sebaiknya anda beli return flight siap-siap. Pastikan ada bukti yang anda sudah ada tiket pulang ke tanah air ataupun tiket keluar daripada negara destinasi anda. Sebagai contoh, selepas kunjungan anda di Seoul, anda berhajat ke Tokyo, pastikan anda sudah ada tiket penerbangan ke Tokyo dan tunjukkan pada pihak Imigresen jika diminta.
Itinerary adalah sangat penting. Cukuplah jika anda ada itinerary paling basic sekalipun. Sekurang-kurangnya anda perlu tahu kemana anda mahu lawati supaya mereka tidak curiga pada anda. Jika anda pergi beramai-ramai, pastikan anda tahu basic itinerary. Jangan main ikut sahaja, hafal sikit nama-nama tempat supaya anda tidak tersekat di Imigresen.
2. Print tempahan hotel dan penginapan
Anda mahu ke negara orang, sudah pasti anda perlu ada tempat untuk menginap. Sebaiknya anda buat tempahan hotel awal dan print booking details. Jika anda berhajat menginap di rumah kenalan, pastikan anda ada alamat individu tersebut dan nombor telefon beliau. Imigresen boleh menghubungi terus individu dan anda selamat disitu.
3. Bawa duit tunai yang mencukupi
Apabila anda melawat sesebuah negara, antara perkara yang imigresen akan cek atau tanya adalah jumlah duit tunai yang anda bawa. Mereka mahu pastikan yang anda hanyalah sekadar pelawat dan bukannya mahu menggunakan visa pelawat untuk bekerja secara haram. Pastikan anda sediakan sejumlah duit yang mencukupi untuk kunjungan anda.
4. Isi butiran kad pelawat dan borang deklarasi (declaration form)
Sesetengah negara seperti Korea Selatan, mereka akan sediakan satu borang kad pelawat untuk anda isi. Di butiran itulah anda letakkan alamat penginapan anda, butiran kerja, dan negara yang anda pernah kunjungi sebelum anda tiba di Korea Selatan. Sebolehnya, anda jujur ketika mengisi borang. Jika anda mengisi butiran yang tidak jujur dan apabila disoal pihak imigresen, jawapan yang anda beri tidak sama dengan butiran yang anda isi anda berhadapan dengan risiko untuk dihantar pulang ke tanah air.
Borang deklarasi pula, anda perlu listkan segala benda yang anda rasa anda perlu declare. Untuk selamat, buatkan list barang yang anda bawa siap-siap dan print kan untuk ditunjuk pada pihak imigresen. Pastikan anda tidak membawa apa-apa barang larangan seperti daging, processed food seperti hotdog mahupun tumbuhan hidup.
Disini admin nak share juga soalan bocor yang selalu ditanya oleh pihak imigresen.
- How long will you stay in Korea?
Ini memang soalan bocor paling famous. Anda perlu tahu yang dengan visa pelawat, anda dapat 90 hari untuk berada di Korea. Jika anda ada tiket penerbangan dengan anda, bagitahu imigresen siap-siap tarikh anda pulang ke tanah air.
Contoh jawapan: I will stay here for one week. My flight back to Malaysia is next Monday, 7th October.
- What is the purpose of your visit?
Ini korang pun mesti pandai goreng. Korang jawab je benda yang masuk akal. Jangan kata datang Korea sebab nak cari suami orang Korea sudah. Nanti tak pasal-pasal kena hantar balik Malaysia.
Contoh jawapan: I am travelling with my family for a visit in Korea. I love Korea food and it’s culture.
- Where are you staying?
Ini paling penting. Pastikan korang tahu nama hotel dan dimana lokasi hotel tersebut.
Contoh jawapan: I will be staying at Hamilton Hotel in Itaewon.
Ok itu sahaja tips untuk berhadapan dengan imigresen. Kalau anda ada tips lain,boleh lah share dengan kami ya. Jangan lupa share 🙂