fbpx

Cara Memohon Permit Memandu Antarabangsa

Sudah ramai rakyat Malaysia yang gemar mengembara secara adventure dan lasak. Antaranya adalah memandu sendiri didalam meneroka negara-negara yang dilawati. Namun begitu kita perlulah memohon lesen memandu antarabangsa jika ingin memandu diluar negara Malaysia kerana kebanyakan negara tidak menerima lesen Malaysia dan anda perlulah memohon Permit Memandu Antarabangsa (IDP) ini.

Sumber gambar dari google.

Oleh itu, kami ingin berkongsi tentang bagaimana cara untuk memohon permit memandu ini. Ianya tidaklah serumit yang disangka.

Apa yang anda perlukan adalah:-

1. Memerlukan lesen B2 atau D yang sah.

2. Kad pengenalan bersama sekeping salinan.

3. Sekeping salinan lesen memandu yang sah dan belum tamat tempoh sekurangnya setahun dari tarikh tamat tempoh.

4. Dua keping gambar berukuran passport

5. Borang permohonan IDP iaitu JPL L1. Boleh dimuat turun di laman web JPJ ataupun di kaunter JPJ sendiri.

6. Wang proses sebanyak RM150.

Kemudian bawa kesemua yang di atas ke pejabat JPJ dan beritahu mereka yang anda ingin memohon untuk membuat IDP dan anda akan dikenakan bayaran sejumlah RM150 sahaja dan tempoh penggunaan IDP adalah selama setahun dari tarikh ia dibuat.

Berikut adalah senarai negara-negara yang boleh menggunakan IDP

Sumber gambar dari google

Mudah bukan? Selamat mencuba dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Silakan share kepada rakan-rakan anda yang lain!

Jika ingin mencari kereta sewa di Jeju, syarikat kereta sewa yang kami cadangkan adalah keretasewajeju.com dan anda boleh ikuti mereka di laman instagram @keretasewajeju.