fbpx
Firts-Time Backpackers

Destinasi Travel Untuk First-Time Backpackers

Firts Time Backpackers

Melancong ke destinasi pilihan memang sesuatu pengalaman yang mengujakan dan ramai orang lebih gemar bergerak sendiri atau istilah yang digunapakai ‘Backpackers’ iaitu mereka yang melancong sekadar dengan beg galas. Ia memudahkan pergerakan dan perjalanan travel anda.

Biasanya golongan backpackers ini menerapkan perbelanjaan bajet untuk perjalanan travel mereka. Penginapan hostel bajet rendah, pengangkutan awam dan perancangan itineri sendiri yang lebih teratur namun fleksibel.

Bagi anda yang kali pertama ingin travel secara backpacker, anda perlu bersedia dengan cabaran dan halangan yang mungkin tidak terduga. Oleh itu, pemilihan destinasi adalah perkara pertama yang paling penting. Terdapat banyak negara yang menawarkan pengembaraan, tarikan dan tahap keselamatan yang akan memberikan pengalaman yang hebat dan tidak meletakkan first-time backpacker dalam situasi yang mungkin berbahaya.

Kebanyakan negara-negara ini mengalu-alukan ramai backpackers ke destinasi mereka dan fasiliti negara yang bagus untuk menarik lebih ramai golongan backpackers ini menikmati pengembaraan ke negara baru itu.

BACA: Destinasi Fairytales

Berikut antara negara-negara pilihan untuk ‘First-Time Backpackers’:

Thailand

First  TIme Backpackers
First  TIme Backpackers
First  TIme Backpackers

Thailand merupakan syurga untuk pelancong ‘backpackers’. Thailand adalah antara negara yang cantik yang selamat di Asia Tenggara, namun ia juga boleh menjadi bahaya besar jika tersalah pilihan. Anda masih perlu berhati-hati daripada dimanipulasi oleh penjual di sana. Contohnya dalam urusan menyewa motosikal dengan penduduk tempatan, membeli cenderamata mahupun pakej-pakej pelancongan meskipun rata-rata penduduknya ramah dan mengalu-alukan kedatangan anda.

Digelar negara paling popular di Asia Tenggara untuk mereka yang backpacking di rantau ini, Thailand adalah sebuah negara yang indah yang menawarkan pantai-pantai yang menakjubkan dengan bar pantai kecil dan penginapan hutan yang menarik yang berada di atas gunung-gunung yang megah. Terdapat juga beberapa tapak bersejarah yang hebat untuk diterokai di negara ini, contohnya bandar Chiang Mai yang bersejarah dengan kuil-kuil yang mengagumkan, sementara reruntuhan Ayutthaya, kota yang pernah menjadi pentadbiran penting negara itu.

Info lanjut, KLIK SINI

Kanada

First  TIme Backpackers
First  TIme Backpackers
Bandar Toronto, Kanada
First  TIme Backpackers

Kanada adalah sebuah negara yang terkenal dan sangat selamat. Malah, keramahan orang tempatan membuatkan anda lebih yakin dan selesa akan tahap keselamatan ketika berada di negara itu.

Sistem pengangkutan di Kanada juga sangat sistematik sekali gus menjadi sebab utama ‘first-time’ backpackers memilih negara ini.

Kanada juga menawarkan alam semulajadi yang sangat menakjubkan. Untuk pengetahuan, negara ini mempunyai 40 buah taman negara. Anda boleh melakukan beberapa aktiviti outdoor seperti trekking, berkayak atau pun hiking. Namun, beberapa aktiviti di taman negara harus berwaspada dengan kelibat beruang yang sangat sinonim dengan negara itu.

Sweden

First  TIme Backpackers
First  TIme Backpackers
First  TIme Backpackers

Negara Scandinavia ini adalah salah satu negara yang paling menarik di Eropah untuk diterokai terutamanya kawasan utara yang membentang dalam Bulatan Artik dan bandar-bandar yang terkenal dengan hab budaya dan bersejarah seperti Stockholm, khususnya, mempunyai seni bina bersejarah.

Pulau Gotland terletak di luar pantai timur tanah besar Sweden dan merupakan kawasan yang terpelihara dengan beberapa bangunan abad pertengahan yang hebat. Anda boleh melakukan aktiviti riadah dan bersiar-siar dengan basikal sambil menikmati keindahan pulau itu.

Salah satu kelemahan di sini adalah kos perbelanjaan di negara ini agak mahal berbanding senarai negara yang lain. Malah dapat dibandingkan kos penginapan hostel sahaja sudah menyamai kos hotel bajet beberapa negara Eropah. Jadi, berhati-hati ya dalam pengiraan kos perbelanjaan agar tak melebihi bajet anda!

New Zealand

First  TIme Backpackers
First  TIme Backpackers
First  TIme Backpackers

Berpisah di atas dua pulau utama, New Zealand adalah salah satu destinasi backpacking idaman di dunia, dan dari tarikan yang menakjubkan seperti Pantai Ninety Mile dan Bay of Islands yang indah di Pulau Utara, ke Milford Sound di Pulau Selatan , ia adalah permata semula jadi.

Terdapat juga beberapa sukan pengembaraan yang hebat untuk mencuba, termasuk bungee jumping, paragliding, skydiving, berbasikal, dan pelbagai aktiviti lain juga. Destinasi ‘first-time’ backpackers ini merupakan negara maju dan selamat. Untuk penginapan, terdapat banyak hostel di seluruh negara dan terdapat juga bas backpacker bagi mereka yang lebih suka melakukan perjalanan dengan backpacker lain daripada menggunakan pengangkutan awam.

Jepun

First  TIme Backpackers

Jepun adalah sebuah negara yang maju dan mempunyai bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka. Tak kurang juga dengan alam semulajadinya yang indah seperti Gunung Fuji dan pergunungan Hokkaido yang menakjubkan dengan destinasi ski mereka yang luar biasa. Budaya di Jepun juga benar-benar mengagumkan. Terdapat banyak perkara yang menjadi budaya dan tarikan seperti manga dan anime. Malah, anda boleh menemukan menu makanan anime/manga di dalam versi sebenar. Bukan biasa-biasa!

Di Jepun, bahasa sering menjadi halangan bagi sesetengah orang, tetapi sebenarnya rakyat negara ini umumnya mesra dan terbuka untuk membantu tetamu. Jepun adalah salah satu negara yang lebih mahal untuk dilawati di Asia, tetapi fasiliti, penginapan dan pengangkutan diiktiraf terbaik di dunia.