Apabila anda fikirkan ‘fairy tales’, apa yang terlintas di fikiran anda? Wujudkah destinasi ‘fairy tales’? Istana yang tersergam indah, desa yang cantik dan berwarna-warni, gunung yang megah, semuanya terletak di landskap yang kelihatan seperti sesuatu yang tidak wujud di dunia ini.
Tahukah anda ada beberapa tempat di dunia ini yang kelihatan seperti kawasan yang dibawa keluar dari buku dongeng kanak-kanak. Di sini kami senaraikan tempat-tempat yang kelihatan seperti ‘fairy tales’ yang boleh anda kunjungi.
BACA: 12 Tasik Menakjubkan Di Dunia!
Bavaria, Germany


Bavaria mempunyai semuanya, seperti gunung salji, bandar yang unik dan istana yang cantik. Neuschwanstein Castle juga menjadi inspirasi istana Walt Disney’s Cinderella di dalam Disney World. Ia merupakan istana yang cantik dan lokasinya yang menakjubkan di kaki banjaran Alps.
Lake Bled, Slovenia


Merupakan tempat tercantik untuk dilawati di Slovenia. Tasik aquamarine, istana yang terletak di tebing, dan merupakan pusat pulau Bled, ini adalah antara tempat yang menarik di Eropah.
Zhangjiajie, China


Terletak di Zhangjiajie National Forest Park, mempunyai 3000 bukit berbentuk pilar. Destinasi ‘fairy tales’ ini juga dikenali sebagai “Avatar Hallelujah Mountain” sebagai penghormatan untuk cerita Avatar oleh James Cameron film.
Santorini, Greece


Santorini adalah pulau gunung berapi di Cyclades. Pemandangan matahari terbenam yang cantik di Oia, gereja berbentuk kubah berwarna biru, dan bangunan di tepi pantai yang berwarna-warni menjadikan pulau ini seperti lokasi sebenar dari kisah dongeng.
Hobbiton, Come Visit the Shire


Terletak di New Zealand, merupakan destinasi ‘fairy tales’ sebenar. Merupakan tempat filem “Lord of The Rings” dan “The Hobbit”.
Cappadocia, Turkey


Tempat yang mempunyai Fairy Chimneys dan pembentukan batu yang pelik. Keadaan muka buminya yang sangat pelik dan agak sukar untuk mempercayai kewujudannya selagi tidak melihatnya di depan mata.
Jika mahu merasai pengalaman berada di dunia yang lain, Cappadocia adalah tempat yang perlu anda masukkan di dalam senarai tempat wajib untuk dilawati.
Mostar, Bosnia & Herzegovina


Dengan jalan-jalan berbatu, bangunan batu lama, dan jambatannya yang indah yang merangkumi Sungai Neretva yang indah, kota Mostar kelihatan seperti dipetik dari halaman dongeng. Kemuncak lawatan di sini adalah melihat Stari Most, jambatan lama yang merupakan pusat bandar.
Tetapi apa yang membuatkan Mostar ini lebih menarik adalah, kafe-kafe berbatu yang menjadi salah satu tarikan disini.
The Giant’s Causeway


Terletak di Northern Ireland, Giant’s Causeway adalah regangan garis pantai yang berbentuk heksagon. Landskap ini terbentuk hasil daripada gunung berapi pada masa lalu. Terdapat juga kisah dongeng yang mengatakan tempat ini dibina oleh gergasi Ireland Finn MacCool.
Bhutan, Land of the Thunder Dragon


Bhutan mempunyai semua berkaitan dengan kisah dongeng yang sempurna, gunung yang indah, kampung yang kecil dan tenang dan landskap cantik yang anda mungkin tidak pernah lihat.
Salah satu tempat yang wajib pergi adalah Eagle’s Nest yang terletak di lembah Himalaya, dimana terletaknya biara yang dibina di tepi tebing.
Cesky Krumlov, Czech Republic


Bandar ini terselamat sewaktu pengeboman WWII dan masih mengekalkan seni bina yang asal. Cesky Krumlov adalah antara bandar kecil yang menarik untuk dilawati di Eropah, dan anda tentunya akan merasai seperti berada di dalam kisah dongeng.
Bagan, Myanmar


Salah satu tempat yang mempuyai tapak arkeologi terbesar di dunia. Boleh dilihat dengan menaiki bas, basikal atau boleh juga menaiki belon udara panas. Bagan merupakan tempat yang mempunyai keunikannya tersendiri, destinasi dongeng yang boleh dimasukkan didalam senarai perjalanan anda.
Hallstatt, Austria

Bangunan yang berwarna warni, jalan cobblestoned, gereja dan semua berlatar belakangkan banjaran Alps. Tempat ini telah menjadi salah satu tempat yang popular di Eropah.
The Isle of Skye, Scotland


Merupakan destinasi ‘fairy tales’ yang sebenar. Antara aktiviti yang boleh dibuat, melawat Fairy Pools, mendaki Fairy Glen, Old Man of Storr dan lawatan ke Dunvegan Castle.
Alsace Wine Region, France


Mempunyai bangunan yang berwarna warni, bunga, dan pemandangan jalan yang cantik, ianya betul betul seperti tempat yang keluar dari kisah dongeng. Colmar adalah salah satu daripada bandar dongeng yang boleh dilawati di Alsace Wine Region.
Eguisheim, adalah antara bandar popular di Alsace Wine Route, digunakan sebagai inspirasi bandar di dalam Disney’s Beauty and the Beast.
Rakotzbrücke, Germany

Terletak di Saxony, Germany, Rakotzbrucke, jambatan yang sempurna ini direka berdasarkan inspirasi kisah dongeng.