Kenapa memilih untuk travel ke tempat yang kurang sesak jika anda boleh pilih untuk travel ke tempat yang tidak sesak dan mungkin tiada jalan juga? Jika anda sukakan tempat yang boleh melakukan aktiviti lasak atau tempat bersejarah, di sini kami senaraikan beberapa tempat yang “rare” yang anda boleh lawati.

Jelajah Gua Terbesar Dunia di Vietnam

Undiscovered Cities
Undiscovered Cities

Son Doong Cave yang terletak di Phong Nha-Ke Bang National Park, Central Vietnam adalah gua yang terbesar di dunia. Ia sangat besar dan mempunyai sistem cuaca setempat sendiri. Dijumpai pada tahun 2009 dan dibuka kepada umum pada tahun 2013. Mempunyai pelbagai formasi gua yang luar biasa, termasuk ‘cave pearl’ yang besar, stalagmit yang tinggi dan phytokarst.

Cahaya pantulan dari air yang berwarna emerald di dalam gua ini, membuatkan kita seperti berada di dunia lain. Tambahan pula, untuk ke sini sangatlah mencabar, perlu trekking gunung, melintasi arus sungai dan banyak lagi.

BACA: 10 Bandar Underrated Di Dunia

Menaiki Kereta Api Thailand-Burma

Undiscovered Cities

Dibina oleh Jepun pada WWII untuk menghubungkan Yangon, Burma dan Bangkok, Thailand. Dikenali dengan nama “the Death Railway” kerana pada waktu WWII beribu orang kehilangan nyawa dan bayaran upah yang murah kepada pekerja yang membina landasan ini.

Sepanjang perjalanan anda akan melihat kawasan pergunungan yang indah, melalui kawasan tanaman nenas dan sawah padi yang menenangkan.

Melihat Dolphins Comel di Kratie, Cambodia.

Undiscovered Cities
Undiscovered Cities

Dikelilingi Sungai Mekong, Kratie (disebut krah-cheh) adalah salah satu tempat terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam yang cantik di Kemboja. Tetapi tumpuan utamanya adalah Irrawaddy Dolphins yang anda boleh lihat di perairan itu.

Merasai Suasana Eropah di Vigan, Filipina.

Undiscovered Cities
Undiscovered Cities

Vigan adalah salah satu bandar tertua di Filipina. Juga tersenarai di dalam UNESCO World Heritage Site dan salah satu bandar yang tersenarai di dalam New 7 Wonder Cities. Mengekalkan bentuk binaan asal seperti di Eropah. Jika anda ke sini, anda akan merasai seperti berada betul-betul di Eropah.

Pulau Don Daeng, Laos.

Undiscovered Cities
Undiscovered Cities

Untuk percutian yang berkaitan pantai, sudah semestinya Laos tidak akan tersenarai di dalam senarai anda kerana seperti sedia maklum Laos adalah negara “landlocked” iaitu negara yang penuh dengan daratan.

Pulau Dong Daeng adalah pulau yang sangat cantik dan mempunyai satu-satunya resort yang terletak di pantai pasir keemasan. Kehidupan di sini masih mengekalkan gaya hidup biasa dan anda boleh melihat penduduk asal di sini melakukan kehidupan seharian mereka. Masyarakat di sini sangat baik, mengekalkan budaya mereka, dan semua ini menyumbang kepada tarikan Don Daeng iaitu suasananya.

Pulau Belitung, Indonesia.

Undiscovered Cities

Sudah semestinya anda bukan berada di Kutub Utara, disini cuacanya panas tidak seperti tempatnya. Air yang berwarna biru dan keliling yang berwarna putih, seolah-olah kita berada di Kutub Utara. 10 minit dari bandar dan anda akan berjumpa dengan Kaolin Lake ini. Iya, ini bukan salji. Batu biru calaste dan batu pasir putih ini sebenarnya adalah  tempat perlombongan pada waktu dahulu dan sekarang ia menjadi panorama yang cantik untuk dilawati.

Glamping di Bali, Indonesia

Undiscovered Cities
Undiscovered Cities

Lupakan tentang pasir dan pantai di Bali, dan anda boleh terus ke Firefly Bamboo Eco Lodge. Disini adalah tempat glamping yang berbeza dari tempat lain.

Terletak ditengah kawasan sawah padi. Uniknya tentang tempat ini adalah, rekaan seperti sarang burung diperbuat dari buluh dan disusun setinggi empat tingkat. Untuk ke tempat penginapan ini, anda perlu berjalan melalui sawah padi yang sempit kerana tiada jalan besar untuk ke tempat penginapan ini.

Info lanjut, KLIK SINI