7 Tips Travel Selamat
Okay kalini admin nak share tip-tips travel dengan selamat dan sejahtera. Ini penting bagi anda yang ingin ke luar negara.
Buat Research Dengan Terperinci Tentang Negara Destinasi Anda.
Sebelum anda berhajat ke sesebuah negara, pastikan anda buat research dulu tentang negara destinasi idaman anda. Baca review, artikel dan blog berkenaan untuk dapatkan maklumat mengenai keselamatan, tips-tips berkenaan dan segala “do’s and don’ts” di negara tersebut. Sebolehnya hormat adat mereka dan jaga adab di negara orang.
Elakkan Melawat Negara-negara Yang Tengah Bergolak.
Kalau dah keluar news ada pergolakan di sesebuah negara tu, anda tukarlah destinasi pilihan anda. Janganlah sengaja nak membahayakan nyawa sendiri. Contoh negara-negara yang tidak selamat untuk dilawati adalah Syria, Libya, Afghanistan dan Iran. Elakkan risiko daripada dirompak dan menjadi tahanan di negara yang bergolak dengan tidak memasuki negara-negara tersebut.
Beli Travel Insurans
Jangan pertaruhkan nyawa anda ke luar negara tanpa travel insurans. Travel insurans ni sangat penting lebih-lebih lagi jika anda berada di dalam kecemasan dan kesempitan. Pilihlah travel insurans yang bersesuaian. Admin cadangkan anda beli travel insurans Etiqa. Boleh beli secara online dan senang sangat nak beli. Jika anda ada masalah dan mahu claim apa-apa, submit sahaja online. Mudah bukan?
Buat Salinan Dokumen-dokumen Penting.
Ini tips paling penting. Buat salinan dan simpan salinan dokumen-dokumen penting. Buat salinan hard copy dan soft copy untuk pasport, flight itinerary, dan hotel booking.
Buat salinan soft copy dan hard copy muka hadapan passport
Jangan Mudah Percaya Orang
Jangan mudah percaya orang asing! Baik orang tempatan mahupun sesama traveller. Boleh jika anda mahu percaya pada seseorang tapi bukan 100%. Letakkan rasa curiga sikit. Biarlah dianggap sombong tapi jangan biarkan diri anda mudah diperdaya. Scammer zaman sekarang ni bahaya tau. Mereka datang pelbagai rupa dan bentuk.
Pilih Hotel Dengan Lokasi Yang Bersesuaian
Research dahulu sebelum buat booking hotel. Buat kajian mengenai lokasi hotel, kawasan persekitarannya, dan apa fasiliti yang berhampiran untuk memudahkan perjalanan anda. Pastikan lokasi hotel adalah di kawasan yang selamat. Janganlah hanya disebabkan harga hotel murah, anda main tempah sahaja walaupun di kawasan terpencil. Berjaga-jaga itu penting. Admin bukan nak takutkan anda, tapi scammers tu wujud. Cari lokasi hotel di dalam google maps dan buka street view untuk lihat kawasan persekitaran. Jika di google map pun hotel tu tak wujud, memang ada possibility lah anda dah kena scam. Jangan nanti menangis di sana sebab tak ada tempat penginapan pula.
Bahagikan Tempat Letak Duit
Jika anda dah tukar matawang, pastikan simpan wang tunai anda dengan selamat. Tips dari admin, jangan simpan sejumlah duit yang banyak setempat. Bahagikan tempat simpan duit. Contohnya, simpan di poket, wallet, beg sandang belakang, beg laptop, dan di bagasi. Lagi bagus jika simpan duit di dalam bagasi di bilik hotel. Bawa hanya jumlah yang perlu sahaja. Ada risiko jika anda simpan duit yang banyak pada satu tempat. Lagi-lagi jika ada penyeluk saku, habis semua wang anda hilang begitu sahaja. Kenyang si penyeluk saku tu.