Bila kita bercuti pasti akan ada pelbagai ragam. Pasti ramai yang pilih untuk ambil jalan paling mudah untuk ke destinasi percutian anda. Sini, Jeju Muslim Travel kongsi sedikit tips supaya percutian anda akan lebih lancar.
Jangan overplan percutian anda. Sebaiknya rancang hanya 2 atau 3 aktiviti sahaja dalam masa sehari. Sekiranya anda merancang 4 ke 5 aktiviti atau tempat dalam masa sehari dan aktiviti tersebut tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya anda akan kecewa dan menyebabkan aktiviti tersebut akan mengganggu hari lain anda. Jadi, rancanglah sebaiknya.
Sekiranya aktiviti percutian anda melibatkan aktiviti yang banyak berjalan haruslah anda memakai kasut yang paling sesuai. Pakai terlebih dahulu kasut tersebut sekiranya ia baru supaya anda biasa denganya dan tidak melecit. Ia bergantung juga pada keaadaan cuaca dan persekitaran. Jika percutian anda adalah pada musim salji, pemilihan boot kalis air adalah sangat penting.
Tidak sah kalau bercuti kalau tidak mencuba makan tempatan mereka. ia menjadi sebahagian dalam itinerary. Jangan ‘takot’ untuk mencuba benda baru. Kongsi dahulu makanan tersebut. Sekiranya ia memenuhi citarasa anda barulah beli untuk diri sendiri dan nikmati sepuasnya.
Selain itu tips paling penting ialah harus sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan. “Travel is always about journey, not the destination”.
Sentiasa tenang dalam menghadapi apa sahaja halangan.
Gambar adalah sesuatu perkara yang wajib bila kita travel. Paling penting ambil sebanyak gambar mana yang mungkin kerana peluang yang ada hanya datang sekali sahaja. Ini merupakan memori yang sangat berharga untuk anda.
Kita tak pernah tahu ataupun bayang bagaimana pun keadaan kita bila bercuti di negara orang. Jadi sentiasalah kita berada dalam keadaan yang bersedia. Maka langkah awal ialah dengan membawa satu tuala. Anda tidak tahu bila akan guna. Mungkin ianya sangat penting ketika anda berada di dalam flight yang boleh digunakan sebagai bantal, atau bila anda hiking atau juga ke pantai. Jadi marilah kita mengambil langkah awal.
Selain itu, melawat pejabat tourism atau kaunter-kaunter tourism di airport juga penting. Mereka akan kongsi segala info tentang tempat-tempat yang anda ingin lawati. Maka percutian anda akan menjadi sangat mudah dan padat dengan info-info seperti festival yang diadakan, hotel yang berhampiran dan sebagainya. Ini kerana maklumat yang dikongsikan adalah benar dan tepat.
Perkara yang orang paling jarang orang mahu lakukan ialah makan makanan local street food rakyat tempatan. Percayalah, kebiasaannya makanan street food macam ni sangat lah sedap. Sekiranya anda berpeluang ke Jeju, jangan lepaskan untuk makan sotong bakar atau octopus bakar mereka. Seafood di Jeju sangatlah fresh!
Sekiranya anda tidak mahu google chrome mengingati aktiviti anda, anda boleh menggunakan laman sesawang ‘Incognito’. Sekiranya anda tengah membuat survey harga tiket flight, gunakan aplikasi Incognito dalam browser anda untuk sembunyikan segala history browsing anda supaya booking website tidak menjejaki anda dan menaikkan harga survey yang anda tengah layari.
Tips penting yang terakhir sekali, gunakan ‘sunscreen’ setiap kali anda keluar dari melakukan aktiviti. Ini kerana anda tidak akan jangka cuaca yang sejuk juga akan menyebabkan kulit menjadi terbakar!
Semoga tips-tips dan info ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan tetamu-tetamu Jeju Muslim Travel juga!