fbpx

Aplikasi Wajib Ada Bagi Pengembara

Rata-rata masyarakat di Malaysia sudah ramai yang menunjukkan minat untuk mengembara tidak kiralah didalam mahupun diluar negara. Disini kami ingin kongsikan tentang beberapa aplikasi yang wajib ada di telefon mudah alih anda jika anda ingin bermula menjadi seorang pengembara.

1. Sky Scanner/ Kayak

Aplikasi ini akan membantu anda untuk mencari tiket-tiket penerbangan tidak kira dimana-mana destinasi yang ingin anda tuju. Ia juga akan terus membandingkan harga-harga setiap syarikat penerbangan dan akan memudahkan anda untuk membuat pilihan yang tepat. Ia juga boleh diset penggera jika harga tiket yang anda ingini naik harga atau berkurang harganya.

2. Booking.com/ AirBnb

Aplikasi ini membantu anda didalam pencarian hotel, hostel ataupun guesthouse. Anda hanya perlu memasukkan tarikh serta kawasan hotel atau hostel yang dikehendaki. Dan aplikasi akan secara terus menyenaraikan nama-nama hotel yang ada. Anda juga boleh tetapkan harga yang anda mahukan dan aplikasi ini akan menyenarai pendek hotel-hotel mengikut bajet yang anda kehendaki. Dan anda boleh terus booking hotel pilihan anda semudah ABC!

3. Muslim Pro

Jangan risau jika anda tidak mengetahui arah kiblat ataupun waktu solat. Aplikasi ini mempunyai arah kiblat dan juga waktu-waktu solat disetiap tempat yang anda tuju. Hanya perlu menetapkan lokasi dan ia sedia digunakan. Ia juga didatangkan dengan ‘mobile Al-Quran’ dan anda boleh membaca Al-Quran bila-bila masa sahaja. Mudah bukan?

4. Google Map Offline

Anda risau sesat semasa mengembara? Kini tidak lagi dengan aplikasi google maps ini. Dan ia juga boleh digunakan tanpa memerlukan data internet! Hanya perlu masukkan tempat yang ingin dituju dan google maps akan membantu anda mencari lokasi tersebut.

5. Grab/ Uber

Aplikasi ini amat membantu jika anda risau ditipu oleh pemandu-pemandu teksi tempatan. Lebih-lebih lagi dikawasan yang sangat terkenal dengan ‘scammer’. Dengan aplikasi ini jumlah pembayaran akan siap diberitahu dahulu dan anda boleh mengetahui sejauh mana tempat-tempat yang ingin anda tuju.

Ini adalah lima aplikasi yang wajjb anda ‘install’ di telefon mudah alih anda. Semua aplikasi ini boleh didapati samada di ‘playstore’ bagi pengguna telefon mudah alih android ataupun ‘applestore’ bagi pengguna telefon mudah alih ios.

Jadi jangan lupa untuk menggunakan aplikasi-aplikasi diatas dan ia pasti memudahkan pengembaraan anda. Jangan lupa share dengan kami jika anda mempunyai aplikasi yang lain. Selamat mengembara!