fbpx

Tips travel solo untuk wanita

Ramai wanita sekarang yang sudah berani untuk melancong secara solo. Tetapi melancong secara solo untuk wanita boleh menjadi agak mencabar jika tidak pernah melakukannya.

Di sini kami senaraikan tips untuk solo traveler wanita. 


1. Pilih Destinasi Anda Dengan Niat atau Sebab
.

Anda boleh travel dengan lebih mudah jika anda mengetahui kenapa anda ingin pergi, ke mana anda ingin pergi. Inspirasi tempat-tempat ini mungkin anda dapati apabila menonton filem atau membaca buku. Faham niat anda, apa yang membuatkan anda ingin ke destinasi itu dan anda akan dapat lebih banyak pengalaman perjalanan.


2. Rancang Penginapan Malam Pertama Anda Dengan Betul.

Pastikan anda mempunyai tempat untuk merehatkan diri pada malam pertama di setiap destinasi sepanjang perjalanan anda dan rancang supaya anda tiba di destinasi menjelang tengah hari.

Ianya sangat penting supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk mencari hotel atau hostel di waktu siang dan masa untuk mengubah tempat penginapan jika anda rasa tempat ini bukanlah yang terbaik atau selamat untuk anda.

Carilah hostel atau dorm yang berdekatan dengan akses keluar masuk seperti stesen bas, subway, uber dan sebagainya. Selain memudahkan perjalanan, ia juga memudahkan anda sekiranya tiba lewat ke tempat penginapan.


3. Pack ‘Light‘.

Bukan sahaja anda akan menjimatkan duit, ia juga membuatkan anda lebih mudah untuk bergerak jika anda membawa barang yang perlu sahaja. Pilih warna yang “base” seperti hitam, coklat, beige, atau navy dan satu atau dua warna untuk melengkapkan semuanya. Senang kan?

4. Simpan Maklumat Penginapan Anda Sendiri.

Tempat penginapan anda adalah tempat selamat untuk anda. Jangan beritahu orang lain di mana anda menginap. Jika mereka tanya, anda tidak perlu memberitahu secara terperinci nama hotel dan sebagainya.

Anda boleh menjawab soalan ini dengan hanya memberi tahu kawasan terdekat dengan tempat penginapan anda. Jangan sesekali memberitahu secara terperinci di mana anda menginap.

5. Lindungi Dokumen, Kad & Wang Tunai Anda.

Simpan passport dan dokumen penting anda di tempat yang selamat. Pastikan anda mempunyai salinan dokumen dan passport bersama anda dan di rumah dengan orang yang anda percayai.

6. Berjumpa Dengan “Traveler” Wanita Yang Lain.

Anda boleh membina persahabatan dengan pelancong wanita di seluruh dunia. Hostel adalah tempat paling sesuai untuk anda mencari kenalan baru.

Jika anda baru pertama kali ingin memulakan perjalanan solo, anda boleh memulakan dengan bercuti di dalam negara dulu, banyak tempat yang menarik boleh dilawati di Malaysia dan anda boleh cuba sesuaikan diri untuk berjalan secara solo.

Jangan takut untuk mencuba dan sentiasa yakin dengan diri sendiri.