Adalah menjadi impian bagi setiap anak – anak untuk membahagiakan kedua ibu bapanya. Salah satu cara untuk membahagiakan hati ibu bapa adalah membawa mereka bersama – sama untuk melancong dan beristerihat di dalam negara mahupun luar negara.Dibawah ini kami menyediakan beberapa tips travel bersama ibu bapa yang telah berusia.
- SEDIAKAN STOK UBAT – UBATAN YANG MENCUKUPI
Perkara utama yang perlu ditekan tentunya ialah menyediakan stok ubat-ubatan yang mencukupi sepanjang masa travel terutamanya untuk pesakit kronik seperti sakit kencing manis,darah tinggi,sakit jantung dan lain – lain agar tidak terputus ubat dan mendatangkan sebarang kemudaratan. Travel travel juga tapi ubat jangan lupa makan,pesan kepada ibu dan bapa yang tersayang ye.
- MENYEDIAKAN TEMPAT PENGINAPAN YANG SELESA
Bila membawa ibu bapa kita yang telah berusia pastinya kita perlu lebih peka dalam memilih penginapan yang selesa dan bersesuaian dengan usia ibu bapa kita,Tambahan pula,jika mereka mengunakan Wheelchair ataupun kudrat sudah tidak kuat lagi. Pilihla tempat penginapan yang menyediakan kemudahan lift agar memudahkan pergerakan.Pemilihan tempat penginapan di kawasan landai dan bawah yang tidak perlu naik tangga kerana ianya bakal memenatkan dan terpaksa mengunakan kudrat yang banyak.
- MENGAMBIL INSURANS JIKA KE LUAR NEGARA
Pentingnya mengambil Insurans bila travel ke luar negara tambahan pula kita tahu orang yang lebih berusia pastinya akan lebih mudah sakit,dengan mengambil insurans sekurang- kurangnya jika ada sesuatu yang tidak diingini akan meringankan sedikit sebanyak beban yang terpaksa kita tanggung.
- ITINERARI YANG BERSESUIAN
Bila membawa ibu bapa kita yang telah berusia pastinya kita perlu pastikan itinerari yang diatur adalah bersesuaian dengan kudrat mereka agar tidak memenatkan mereka dengan aktiviti lasak dan padat.Perlu pilih aktiviti yang bersesuaian dan lebih santai,tidak tergesa – gesa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain,Seeloknya ambil Private Tour Pakej dengan pengangkutan private.Sebenarnya apa – apa aktiviti sekalipun tidakla begitu penting,yang paling penting adalah setiap detik yang bakal kita habiskan bersama mereka adalah tersangat berharga dan bakal diingati selamanya tambahan lagi jika mereka sudah tiada satu hari nanti.Jadikan la trip kali ini sebagai hadiah teristimewa anda buat mereka,insan yang bergelar ibu dan bapa.
Inilah dia 4 Tips travel bersama ibu bapa yang telah berusia. Semoga dengan tips ini dapat memberikan idea untuk anda membawa ibu bapa anda bercuti tidak lama lagi. Pasti mereka akan tersenyum lebar dengan ajakan kalian nanti.