fbpx

Inilah sebabnya Korea Selatan berjaya melawan Covid-19.

Korea Selatan berjaya melawan virus Covid-19 dengan menggunakan data besar dan Artificial Intelligence (AI).

Korea Selatan sedang melawan virus Corona (Covid-19) dengan menggunakan kelebihan teknologi yang diperolehi. Korea Selatan memilih kehebatan teknologinya sebagai senjata utama dalam memerangi Covid-19.  Negara ini mempunya platform digital untuk menggunakan data besar disertai dengan Artificial Intelligence (AI).

          Menggunakan kaedah analisa data besar, sistem amaran yang dikuasai dengan AI dan methodologi pemerhatian intensif, Korea selatan telah berjaya mengawal penyebaran Virus Covid-19 di dalam negaranya dalam masa yang singkat.

          Kerajaan menggunakan platform data besar untuk menyimpan segala informasi rakyat Korea Selatan dan juga mengintergrasikan segala organisasi kerajaan, hospital, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan lain-lain servis.

Korea Selatan menggunakan teknologi AI dalam mengawal wabak di negara mereka.

           Korea Selatan menggunakan analisis, informasi dan rujukan yang disediakan oleh data-data yang terkumpul oleh platform ini untuk digunakan dalam maklumat respon masa sebenar dan disebarkan kepada orang ramai menerusi aplikasi berdasarkan AI.

Pihak berkuasa sentiasa memberikan makluman terbaharu bagi memastikan rakyat mereka peka dengan situasi semasa.

          Apabila seseorang disahkan postif Covid-19, semua orang yang berada di kawasan sekitar dengannya akan diberikan maklumat perjalanan, aktiviti dan peta perjalanan pesakit itu dalam masa dua minggu secara terperinci dan dihantar melalui servis SMS.

          Pusat kesihatan kerajaan akan menerima informasi tentang kontak pesakit, menjadikannya mudah untuk menjejaki mereka dan membawa mereka untuk mengambil ujian kesihatan. AI memastikan langkah-langkah ini dapat dijalankan dengan berkesan. Hospital, servis ambulans, makmal ujian bergerak semuanya bergantung kepada sektor teknologi informasi untuk menjalankan servis yang efisien dan tepat.

          Korea selatan juga telah memperkenalkan pusat pandu lalu untuk ujian covid-19, dimana individu hanya perlu memandu ke pusat ini dan hanya berada di dalam kereta semasa sampel di ambil dan akan mendapat keputusan dalam beberapa minit. Jika didapati positif, mereka akan terus dibawa ke pusat perubatan tersedia untuk diisolasi. Pusat pandu lalu ini banyak disediakan oleh kerajaan dan digerakkan oleh perkhidmatan 5G yang disediakan oleh servis telekomunikasi.

Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan suhu secara ‘drive-thru’.

          Mereka yang memandu di jalan raya akan diberitahu lokasi pusat pandu lalu yang terdekat dimana mereka dibenarkan untuk melalui ujian kesihatan tersebut.

          Jika terdapat pesakit positif yang menetap atau berkerja di bangunan yang besar, pusat kesihatan sementara akan disediakan di bangunan tersebut untuk menjalankan ujian kepada semua penduduk atau pekerja.

Terdapat beberapa perkhidmatan kesihatan diwujudkan untuk pemeriksaan.

          Analisis data AI dapat memaklumkan kerajaan tentang kemungkinan kluster virus atau kawasan yang dijangkan berisiko tinggi membolehkan perkhidmatan kesihatan serta inisiatif kesedaran boleh dijalankan dengan segera di kawasan-kawasan berkenaan.

          Pihak kerajaan juga telah mengimplementasi kawalan berdasarkan AI dan proses yang dibentuk untuk memastikan bekalan dan pengedaran topeng muka dan juga barang-barang pencegahan lain. Setiap seorang perlu mengunakan kad pengenalan mereka untuk membeli 2 topeng muka sahaja dalam satu masa dari farmasi berdekatan. Namun begitu, walaupun telah beberapa minggu berlalu sejak penularan virus Covid-19 di negara ini, kenaikan harga barang-barang keperluan tidak berlaku.

Pihak berkuasa mereka kerap melakukan pembersihan dalam membasmi wabak ini dengan cepat.

          Ketersediaan data telah membolehkan Korea Selatan untuk mentakrifkan, menentukan dan mengambil inisiatif dalam aspek-aspek yang relevan. Kebanyakan negara lain tidak mempunyai platform data yang terperinci atau kemampuan teknologi dan logistic seperti di Korea Selatan.

          Kini, di Korea Selatan jumlah kes baharu semakin menurun setiap hari telah membuktikan kerajaan Korea Selatan telah berjaya mengawal penularan wabak berjangkit yang disebabkan oleh virus Covid-19. Tahniah Korea Selatan !

Moga penularan wabak Covid-19 ini berakhir secepat mungkin dan kita mendoakan seluruh dunia bebas daripada jangkitan wabak ini.