fbpx

Tips Bercuti ke Turki Pada Musim sejuk

Ada yang bakal ke Turki dalam masa terdekat ni ke? Sekarang di Turki MUSIM SEJUK.Kebiasaannya musim sejuk di Turki berlaku pada bulan November hingga Mac setiap tahun. Jom Baca Tips ke Turki Pada Musim Sejuk.


1) Siang pada musim sejuk menjadi lebih pendek dan malam menjadi lebih panjang tau. Ini mungkin membataskan pergerakan dan ke tempat tempat tarikan pelancong. Jadi pastikan aktiviti luar (outdoor) dilakukan sekitar jam 9 pagi sehingga 4.30 petang.Kena rancang betul betul agar segala perancangan dalam itenarari terlaksana.


2) Kebiasaannya di Turki pada musim sejuk subuh akan masuk lewat sekitar 6:30 pagi dan matahari akan naik pada 7:30. Cuaca mulai cerah pada pukul 8:30 – 9:00 pagi. Waktu magrib pula masuk awal sekitar 5:00 – 6:00 petang.Kena rancang betul betul agar tak terlepas waktu solat.


3)Trip di Istanbul mungkin banyak menziarahi masjid-masjid bersejarah Uthmaniah. Sebaiknya ambil peluang solat di masjid-masjid ini. Hampir kesemua masjid-masjid di sini tidak menyediakan air panas untuk berwuduk. Sebaiknya ambil wuduk siap2 ketika di hotel atau bawa spray air. Jika tidak, anda mungkin terkena renjatan sejuknya air di masjid di sini,beku macam ais hehe.


4) Musim sejuk mungkin menyebabkan anda lebih kerap ingin buang air kecil. Di Turki setiap tandasnya perlu bayar 1 lira (RM1.0) setiap kali masuk. Kalau asyik ingin ke tandas sahaja rugi la.Jadi disarankan untuk gunakan tandas awam di muzium dan restoran kerana percuma tapi makesure korang memang makan dekat Restoran tu,adab kena jaga jugakkan dalam nak berjmat?


5) Semestinya kenalah bawa Kelengkapan Pakaian yang bersesuaian dengan Musim sejuk macam Winter coat,kasut kalis air,sarung tangan dan penutup telinga.


Semoga Semua Tips ini bermanfaat untuk korang yang akan Travel ke Turki Musim Sejuk.