Saiz Pulau Jeju adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding Seoul. Tidak seperti Seoul, Pulau Jeju tidak mempunyai train & metro subway. Kawasan tarikan pelancong adalah jauh dan terpisah dari jaringan pengangkutan awam. Bas awam pula tidak sesuai digunakan oleh pelancong kerana jarak kawasan tarikan pelancong yang jauh dari satu tempat ke satu tempat & halangan bahasa. Oleh itu, kereta sewa merupakan pengangkutan utama para pelancong yang melawat Pulau Jeju terutama sekali anda yang mempunyai masa percutian yang terhad.

Cara paling mudah untuk menyewa kereta ialah melalui keretasewajeju.comĀ . Pertama, sebab diorang ni rakyat Malaysia, jadi mudah untuk korang berkomunikasi. Kedua, harga yang ditawarkan di keretasewajeju.com adalah lebih murah berbanding laman web lain contohnya rentalcars.com. Bukan murah sikit tau, tapi murah banyak. Hampir RM100-RM200 lebih murah. Ketiga, korang boleh bayar online je menggunakan maybank2u, cimbclicks dan lain-lain perbankan online kat Malaysia ni. Keempat, tak perlu kad kredit dan bayaran dalam matawang ringgit Malaysia je.

Keretasewajeju.com ni bukan pembekal kereta sewa, tapi diorang ni dealer dan ada banyak syarikat-syarikat kereta sewa dekat Jeju yang berkolaborasi dengan diorang.

Apa yang diperlukan untuk menyewa kereta?

  1. International Driving license. Ini korang boleh apply dekat mana-mana pejabat JPJ dengan yuran RM150.
  2. Passport

Di mana nak pick up kereta?

Sebaik saja sampai di airport Jeju, korang kena pergi ke Rent A Car house di luar airport. Dekat situ ada banyak free shuttle bus yang akan bawa korang ke Pejabat Syarikat Kereta Sewa. Tak yah risau sebab keretasewajeju.com akan arrange semua untuk korang dan diorang akan emelkan cara-cara nak pick up kereta, kat mana nak tunggu bus dan lain-lain. Hanya pastikan bawa dokumen yang lengkap sebab kalau takda dokumen, memang tak dapat nak ambil kereta. Yang paling penting sekali, pastikan korang sewa kereta sekali dengan insurans untuk peace of mind.