fbpx

10 Adab-Adab Penting Ketika Berada Di Luar Negara

Saya terpanggil untuk kongsikan sikit adab-adab yang selalu kita terlupa untuk praktik di negara orang. Terdapat beberapa perkara yang kita biasa buat di Malaysia tapi tak boleh buat di negara lain.

1) Restoran. Tak semua restoran membenarkan kita bawa makanan dari luar. Jadi kalau anda ada bawa bekal nasi goreng ke, sambal tumis ke, minta kebenaran dahulu. Selain itu, banyak restoran tak izinkan anda order satu pinggan makanan sahaja tapi kongsi berdua. Jadi tanya dulu boleh atau tak, jika tak boleh anda bungkus sahaja dan makan di tempat lain.

2) Guesthouse. Walaupun anda bayar, tidak bermakna anda boleh buat sesuka hati. Patuhi undang-undang Guesthouse. Jika dapur tutup jam 11 malam jangan la curi-curi guna. Dan perlahankan suara anda selepas 10 malam. Selain itu, kalau anda book bilik untuk 2 orang, jangan la curi-curi sumbat sampai 3-4 orang. Ini memalukan kalau kantoi.

3) Kemas meja selepas makan di restoran fast food. Di kebanyakan negara, selepas makan pelanggan mesti kemas meja, sekurang-kurangnya angkat pinggan, cawan dan tray pulangkan ke tempat sepatutnya. Ramai orang Malaysia yang tak buat benda ni. Bukan pengotor cuma rata2 orang Malaysia tak tahu. Takpe sekarang anda dah tahu.

4) Jika anda menginap di dormitory, perlahankan suara. Kesian guest katil sebelah terganggu ketenteraman mereka. Dan yang biasa orang buat ialah, conquer power supply. Janganlah 24 jam guna untuk sendiri je, kasi chance orang lain nak charge barang elektronik mereka pula. Paling mudah, bawa sekali multiple plug share ramai-ramai.

5) Penggunaan tandas awam. Sy rasa rakyat Malaysia ramai yang tak tahu, di negara-negara maju eropah, jepun, dan lain2 membasahkan lantai adalah sangat Biadap. Begitu juga dengan membasahkan toilet seat. Jika anda gunakan air untuk beristinjak, gunakan air yang minima dan berhati2. Kalau ambil wuduk di singki, janganlah basuh kaki dalam singki tu ?. Gunakanlah kaedah khuf, atau isi air dalam botol dan cuci kaki di luar.

6) Pengangkutan awam. Di Malaysia mungkin tidak beratur itu normal, tapi jangan dibawa sikap ni ke negara lain. Beraturlah sebelum menaiki pengangkutan awam.

7) Jika anda memandu, pastikan jarak yang selamat dengan kereta depan. Di negara eropah yang maju, pemandu memastikan jarak mereka selamat. Patuhi juga had laju dan setiap penumpang perlu pakai seat belt termasuklah penumpang di belakang.

8) Petik bunga. Yang ni orang perempuan selalu buat. Jika anda melawat ladang bunga, tolong jangan petik atau pijak bunga2 yang cantik tu. Kesian bunga tu. Secara tak langsung anda dah lakukan vandalism.

9) Hormati budaya negara tersebut. Contohnya jika anda melawat negara bukan islam, elakkan dari mengutuk atau ‘membuat muka’ jika ada yang menawarkan anda daging babi, daging katak, ular atau arak. Anda boleh tolak pelawaan tersebut dengan sopan dan baik. Sila hormati makanan mereka. Kita pun tak suka kalau orang lain jijik & kutuk makanan kita kan?

10) Elakkan pergaduhan dengan orang tempatan, apatah lagi merosakkan harta benda di negara tersebut. Sekiranya anda dimarah atau dicabar oleh mereka sebaiknya walk away sahaja dan tak perlu panjangkan cerita. Bila kita di luar negara secara tak langsung kita membawa imej negara.

Tolong SHARE point2 penting ni kepada rakan2 anda.