Mengikut sejarah negara Korea Selatan, terdapat beberapa jenis agama lama dianuti oleh orang tempatan. Antara agama yang terlama di negara itu adalah Taoisme, Buddhsim dan Confusism yang datangnya dari Tanah Besar China. Bagaimanapun agama dengan peratusan tertinggi adalah Shamanism atau dalam Bahasa Melayu adalah perdukunan. Perdukunan masih lagi memainkan peranan penting kepada penganut nya ke hari ini.

Percampuran antara agama dan adat resam meraka, terdapatlah perayaan-perayaan yang menarik yang kadang kala disambut jua oleh penganut Buddha dan Confucius di Malaysia. Mari kita lihat perayaan mereka.

 

  1. Seollalseollal-gathering

    Seollal merupakan hari menyambut Tahun Baru untuk kalendar bulan. Ianya akan jatuh pada Jumaat, 16 Februari 2018 dimana tahun hadapan merupakan tahun anjing. Perayaaan ini perayaan yang sama dengan Tahun Baru Cina yang disambut di negara kita. Negara Korea akan bercuti umum selama 3 hari untuk menyambut perayaan ini bersama keluarga di kampung halaman. Mereka akan menyiap and menyusun makanan-makanan tradisi di meja sebagai hadiah untuk upacara sembahyang kepada nenek moyang mereka. Selepas upacara sembahyang, setiap ahli keluarga akan tunduk sujud kepada ahli keluarga yang lebih tua untuk memberi hormat dan mereka akan memberi restu sesame mereka. Tradisi ini dipanggil Sebae (세배), dan kanak-kanak akan diberi duit sebagai hadiah di hari istemewa itu. Seterusnya, tentukan makan bersama.  Apalah perayaan kalau tidak makanan tradisi. Makanan tradisi bagi orang korea yang dimakan pada setiap tahun  baru dinamakan Tteokguk (떡국) kuih beras (rice cake) yang dimasak dengan sup. Makan semangkuk bermakna anda sudah meningkat seusia untuk tahun itu. Jangan makan sehingga 2-3 mangkuk pula, nanti cepat tua. 😉

     

    Seollal-Korean-New-Year-2013

    Dinegara kita, waktu berhari raya kita memenuhi aktiviti harian dengan melawati rumah saudara-mara dan jiran tetangga. Bagaimana pulak dengan orang korea? Orang korea gemar memain pemainan sebagai hiburan. Contoh permainan tradisi orang korea adalah Neolttwigi (널뛰기) anak gadis melompat di atas jongkat jongket. Orang yang mudah gayat semestinya tidak gemar permainan ini. Selain itu, kanak-kanak juga bermain Gonggi (공기). Permainan Gonggi ini amat serupa dengan permainan tradisional kita, batu Seremban.

    공기

     

  2. Jeongwol Daeboreum (Fire Festival).

    2009020600212_0

    Perayaan ini disambut pada hari ke 15 selepas tahun baru dimana bulan mengambang penuh buat kali pertama bagi tahun itu. Perayaan ini disambut sebagai perayaan api. Menurut kepercayaan orang Korea membakar longgokan lembaran dan potongan kayu yang dipanggil Daljip (달집) dapat mengusir nasib tidak baik dan meminta nasib baik. Di Malaysia pula, perayaan hari ke 15 selepas Tahun Baru Cina disebut Chap Goh Mei. Perayaan yang tidak melibatkan api, tetapi disambut dengan lontaran buah oren ke laut bagi mendapat jodoh.

    2365716_image_3

    Malam sebelum perayaan itu, kanak-kanak digalakkan untuk bermain Jwibulnori (쥐불놀이) Permainan ini menggunakan tin yang ditebuk, diikat dan diisi dengan bara arang dan kanak- kanak akan menghayun tin itu. Percikan api yang keluar dari tin akan membakar padi atau tanaman kering, proses ini dipercayai akan membunuh serangga yang bakal merosakkan tanaman pada tahun akan datang. Tradisi ini tidak lagi dipahami oleh kebanyakkan kanak kanak sekarang, kerana ini merupakan tradisi bagi petani petani zaman dahulu.

    139-jeongwol-daeboreum-jeju-fire-festival-1Sambutan Fire Festival di Pulau Jeju.

 

3. Chuseok (Thanksgiving Day) 

12ÀÏ ³²»ê ÇÑ¿Á¸¶À» ¿¡¼­ ¿­¸° "ºÒȲ¿¡µµ Â÷·Ê´Â ²À Áö³»¼¼¿ä" ¹éÈ­¼öº¹ Çà»ç¿¡¼­ û³â¿©¼º ¹®È­¿ø À̱ÝÀںοøÀåÀÌ(¸Ç¿À¸¥ÂÊ)¿À¸¥ÂÊ °Ý½ÄÀ» °®Ãá Â÷·Ê»ó°ú °Ë¼ÒÇÑ Â÷·Ê»ó(¿ÞÂÊ)À»ÀÇ¹Ì¿Í ¿¹¹ý¿¡´ëÇÑ °­ÀǸ¦ ÇÏ°íÀÖ´Ù.09 10 12./ÁöÂ÷¼ö ¼±ÀÓ±âÀÚ

Chuseok, adalah perayaan utama bagi orang Korea. Mereka menyambut bulan penuh bagi musim menuai dan meraikan hari kesyukuran bagi hasil petanian bagi tahun tersebut. Ia disambut pada hari ke 15 di dalam bulan lapan menurut calendar bulan. Makanan rasmi untuk perayaan ini adalah kuih beras dengan pelbagai inti. Kepercayaan mereka bahawa nenek moyang mereka pulang dan memberi berkat pada hari chuseok, oleh itu mereka haruslah menyediakan makanan dan melawat kubur untuk memberi hormat. Pada hari istemewa ini, mereka akan menceritakan kisah-kisah lama mereka dan  kisah nenek moyang mereka kerana dengan mengingati kisah lama, supaya mereka mendapat keberkatan untuk masa kini dan masa akan datang. Bangsa Korea juga banyak mengingati kepada nenek moyang mereka, seperti kita yang Islam, digalakkan untuk mengirim doa kepada orang kesayangan yang sudah meninggalkan kita.

52