fbpx

Tips Mengembara Pada Musim Sejuk

 

 

Tidak ada siapa yang tak mahu pengalaman bercuti pada musim sejuk! Betul tak?. Jadi, sekiranya anda berpeluang untuk melawat negara yang mempunyai empat musim ini, jangan lepaskan!

Bercuti pada musim sejuk ini bukanlah musim yang mana kita perlu redah sahaja. Kaji dulu kawasan yang ingin dilawati. Periksa dahulu cuaca pada hari berkenaan. Persediaan awal adalah sangat penting supaya percutian anda tidak berlaku sebarang masalah.

 

Keperluan Dan Barang Penting Ketika Bercuti Pada Musim Sejuk :

  1. Thermal Wear

Thermal wear ataupun long john adalah lapisan pertama yang dipakai sebelum baju harian. Ini membantu memanaskan badan. Pastikan thermal wear yang dipakai adalah ketat dan selasa. Ini bertujuan mengelakkan angin sejuk yang datang menusuk sehingga masuk kedalam anggota badan kita. Selain itu ia membantu untuk mengekalkan body heat. Selain thermal wear atau long john, heattach adalah benda yang sama. Boleh didapati dalam sepasang ataupun berasingan.

2. Sweater

Untuk lebih selesa, selepas thermal wear, pakailah sweater untuk lebih panas. Walaupun lapisan pertama adalah long john, diingatkan long john atau thermal wear adalah sangat nipis.

3. Winter Coat

Terdapat pelbagai jenis winter coat yang terdapat dipasaran sekarang. Pastikan yang digunakan adalah jenis kalis air dan mempunyai hood. Hood yang jenis berbulu juga penting yang berfungsi untuk menghalang angin dan juga boleh menghangatkan tubuh badan.

 

4. Snow Cap

Sekiranya winter coat anda adalah jenis yang tidak mempunyai hood, boleh pakai snow cap. Terdapat dua jenis snow cap iaitu yang jenis menutupi kepala sahaja dan ada yang jenis menutupi kepala sehingga telinga. Ia sangat membantu melindungi kepala dari kesejukan.

 

 

5. Sarung Tangan, Stokin Woll Dan Muffler

Aksesori yang sangat penting untuk dibawa bersama. Ciri-ciri penting untuk aksesori ini pastikan ia adalah diperbuat daripada wool (bulu biri-biri) untuk memanaskan tubuh. Muffler bertujuan untuk melindungi leher daripada ditembusi angin sejuk yang boleh juga menyebabkan masalah pernafasan. Sarung tangan pula pastikan juga ia berciri wool, kalis air dan juga screen touch.

6. Winter Boots

Salji adalah sangat licin. Jadi pastikan pemilihan kasut bdrkualiti yang anti slip dan kalis air. Boots jenis berbulu juga dapat membantu memanaskan kaki anda.

 

 

7. Krim Tangan & Badan/Balm

Cuaca sejuk akan menyebabkan kulit kita akan menjadi sangat kering terutama sekali bibir. Kulit kering akan menyebabkan kegatalan dan kulit akan mengelupas. Oleh itu, pilih krim tangan dan badan serta lipm balm yang khas dan sesuai untuk jenis kulit kering dan gunakan ia sekerap yang mungkin.

8. Heat Pack

Heat pack adalah penyelamat bagi mereka yang tidak mempunyai glove yang bersesuaian. Ia juga boleh diletakkan di dalam kasut sebagai pemanas. Boleh didapati di daiso dan kedai Do It Yourself (DIY).

 

Harap perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat dan info kepada bakal traveller yang ingin melancong pada musim sejuk.