Hai semua. Pasti seronok merancang percutian bersama keluarga kan? Lebih-lebih lagi anak-anak, mereka kebiasaanya lebih teruja bila mengetahui bahawa ibu dan ayah sedang merancang untuk bercuti bersama.
Tapi bagaimana caranya untuk mengembara bersama anak-anak lebih-lebih lagi kalau anak itu masih kecil. Pasti kita tidak mahu percutian kita menjadi sesuatu yang tidak menyeronokkan apabila anak-anak sudah mula buat perangai akibat penat dan sebagainya.
Disini kami ingin berkongsi serba sedikit tips bagaimana merancang percutian jika membawa anak kecil.
1. Rancang Masa Penerbangan
Seeloknya ambil penerbangan malam jika terdapat ‘option’ untuk terbang di waktu malam. Kerana waktu malam adalah waktu tidur, jadi apabila malam kanak-kanak kebanyakkannya menjadi kurang aktif dan malam merupakan waktu tidur bagi mereka. Dan jika anda membawa bayi berumur kurang dari dua tahun pastikan anda ‘request’ untuk bassinet bayi supaya anak-anak lebih selesa untuk tidur.
Kalau ada lebih bajet, naik premium atau business class supaya lebih selesa. Kalau kurang mampu boleh ambik hot seat
Sediakan susu atau puting sewaktu kapal terbang nak ‘take off’ supaya telinga bayi tidak sakit.
2. Susu dan Lampin
Pastikan anda membawa susu dan lampin pakai buang secukupnya. Bawa susu yang masih belum dibuka jika susu anak anda itu sukar untuk didapati dimana-mana. Dan lampin pakai buang jika tidak mencukupi bolehlah dibeli di pasaraya yang terdapat di kawasan tempat anda bercuti. Selain itu susu kotak juga mudah didapati jika anak tidak lagi bergsntung kepada susu tepung.
3. Ubat-ubatan
Ini adalah perkara penting yang tidak harus diabaikan. Pastikan anda membawa sekurang-kurangnya minyak angin untuk mengelakkan anak kecil anda kembung perut, ubat batuk dan ubat demam. Kerana perubahan cuaca di sesuatu tempat kadang kala membuatkan anak-anak mudah diserang penyakit seperti demam dan sebagainya.
4. Permainan dan Buku Warna
Bagi mengelakkan anak anda menjadi bosan didalam penerbangan yang lama, jadi bawa lah beberapa permainan kegemaran anak-anak supaya mereka lebih enjoy dan mudah diurus semasa didalam kapal terbang.
5. Makanan
Anak-anak kebanyakkan mudah lapar. Jadi sediakan makanan ringkas seperti biskut atau roti supaya jika mereka lapar, meraka boleh makan bekalan yang dibawa. Kadang kala mood anak boleh rosak hanya disebabkan mereka lapar.
6. Pakaian Yang Bersesuaian
Pastikan anda membawa pakaian yang sesuai. Dan pastikan anda sentiasa cek suhu ditempat yang anda lawati. Jika ingin mawat dikawasan sejuk pastikan anda membawa baju sejuk dan jaket supaya anak anda sentiasa didalam keadaan panas. Dan juga sebaliknya.
7. Bawa Stroller atau Baby Carrier
Jangan ‘check-in’ stroller kerana kebanyakan syarikat penerbangan membenarkan stroller untuk dibawa masuk ke dalam flight. Jadi jika diluar departure hall anak boleh tidur didalam stroller dan ia memudahkan ibubapa daripada mendukung bayi anda sepanjang masa.
Ini adalah antara tips-tips dari kami yang mungkin berguna untuk anda. Jika anda mempunya tips lagi, jangan lupa berkongsi dengan kami ya.