fbpx

Frequent Q&A Untuk Tetamu Yang Bakal Ke Jeju

1. Musim apa sesuai untuk melawat Jeju?

Setiap musim ada keistimewaannya. Di jeju, terdapat 4 musim. Iaitu musim sejuk, musim bunga, musim panas dan musim luruh.

Musim Sejuk/Winter

Bagi yang nk merasai suasana sejuk dan ingin melihat Jeju seperti Narnia Land boleh la datang pada musim ini. Ia diantara bulan Disember sehinga Februari dan suhu boleh mencecah sehingga -10celcius. Sekiranya anda melawat Jeju pada musim sejuk pastikan pakaian yang bersesuaian. Bersiap dengan winter coat, muffler, gloves, heat pack dan jangan lupa sediakan ubat-ubatan.

Musim Bunga/Spring

Musim bunga pula adalah pada bulan Mac sehingga Mei. Keistimewaan pada bulan spring adalah bunga sakura yang dapat dilihat hanya dalam tempoh yang sekejap sahaja iaitu selama 2 hingga 4 minggu sahaja dintara bulan spring pada akhir bulan Mac sehingga pertengahan April. Adakalanya pada musim april suhu juga boleh cecah hingga belasan celcius.

Musim Panas/Summer

Kelebihan musim panas pula adalah anda dapat melihat bunga lavender, hydrangea dan juga bunga matahari . Ini adalah pada bulan Jun sehingga September. Suhu pada musim panas pula adalah antara 26celcius sehingga 32 celcius. Jadi cuaca di Jeju pada musim panas adalah seakan cuaca di Malaysia juga.

Musim Luruh/Autumn

Pada musim ini anda dapat saksikan daun yang kehijaun mula bertukar menjadi kekuningan kemudian keorengan dan pada musim ini juga lah buah anda dapat lihatladang oren mula berbuah dengan lebat. Jeju amat terkenal dengan buah oren hallabong. Istimewa oren di Jeju ni buah oren mereka langsung tiada biji dan rasa yang sangat manis. Musim luruh bermula pada bulan Oktober dan November. Sekiranya anda melawat jeju pada akhir musim autum, dinasihatkan untuk bawa sekali pakain sejuk seperti trench coat kerana suhu boleh mencecah sehingga 5 celcius pada musim tersebut.

2. Kanak- kanak bawah dua tahun sesuai untuk ikut aktiviti Jeju Muslim Travel?

Sesuai sahaja. Bagi ibu bapa yang membawa todler, pastikan anda siapkn kelengkapan anak-anak yang bersesuaian mengikut musim. Keselesaan mereka adalah sangat penting supaya tiada ragam sepanjang percutian anda.

3. Ada discount tak untuk kanak-kanak?

Mestilah ada. Kanak-kanak yang berumur 8 tahun kebawah sahaja dan bergantung pada pakej yang anda ambil juga. Untuk tahu lebih lanjut boleh terus massage admin.

4. Tempat yang sama ke akan pergi utk setiap musim?

Setiap musim ada tempat yang sama dan ada yang berbeza yang kami akan bawa. Bergantung pada musim yang anda akan pergi. Yang penting ia adalah spot rahsia dan khas untuk tetamu-tetamu Jeju Muslim Travel sahaja.

5. Pantai kt jeju boleh mandi ke?

Boleh. Hanya pada musim summer sahaja dibernarkan untuk mandi. Tapi kena berhati-hati dengan obor-obor.

6. Senang tak nak dapat makanan halal?

Di Jeju daging ataupun ayam halal memang tiada. Tapi tidak perlu bimbang tentang makan. Jeju sangat kaya dengan seafood. Untuk minyak gorengan pula, mereka akn gunakan minyak jagung dan minyang kacang sahaja. Mereka tidak gunakan langsung minyak sawit seperti kita di malaysia.

Harap ini dapat membantu serba sedikit persoalan yang sering diajukan. Semoga percutian anda lebih bermakna bersama kami!