Mesti ramai dah sabar nk buat Jjajangmeon ni kan. Jjajangmeon ni macam ala-ala mee kicap. Tp kali ni kita buat version Malaysia sebab menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di Malaysia yang pasti rasa tetap sama seperti Korean Jjajangmeon. Sekiranya ada bahan mentah seperti gochujang, korean bean paste anda boleh gunakannya. Jom kita mulakan dengan bahan-bahan dulu!

BAHAN-BAHAN: hidangan 5-7 orang

1. Korean noodle / mee lidi / spaghetti

2. Bawang putih 7 ulas (dadu halus)

3. Bawang holland 2 biji (dadu)

4. Carrot 2 biji (dadu)

5. Kentang 3 biji (dadu)

6. Isi ayam atau daging (dadu)

7. Gochujang / cili kisar

8. 3tbsp Taucu

9. Kicap manis 1 cawan

10. Gula

11. 2tbsp cuka

12. 2tbsp Minyak bijan

13. 1tbsp tepung ubi kayu

14. Minyak masak

CARA-CARA:

1. Panaskan sedikit minyak masak bersama minyak bijan.

2. Tumis bawang putih dahulu sehingga garing dan naik bau kemudian masukkan cili kisar atau gochujang. Kalau gunakan gochujang, boleh kirangkan sedikit cuka.

3. Setelah cili garing masukkan daging atau isi ayam. Masukkan sedikit air. Didihkan sekejap sehingga daging empuk.

4. Kemudian masukkan 1 cawan kicap, kentang dan carrot. Setelah kentang da carrot lembut masukkan taucu, bawang holland dan timun. Kacau sebati dan masukkan cuka. Biarkan mendidih.

5. Bancuh tepung ubi dengan sedikit air sebagai pemekat.m dan terus padamkan api. Siap!

Dalam resepi ni kita tak letak garam sebab kicap dan taucu dah cukup masin. Jadi jangan tambah garam ya. Boleh tengok video untuk cara-cara masak.

SELAMAT MENCUBA!