fbpx

5 Makanan Dan Minuman Yang Kena Try Di Pakistan

Pakistan yang digelar Swiss Asia bukan sahaja kaya dengan keindahan NATURE tapi juga kaya dengan kepelbagaian juadah makanan.Terdapat banyak sebenarnya juadah makanan di Pakistan yang sangat sedap dan menyelerakan tapi dibawah ini kami dah senarai 5 makanan dan minuman tradisi yang kena try di Pakistan.

 

 

NASI BIRYANI PAKISTAN

Bukan sahaja di Pakistan di Malaysia sahaja terkenal dengan nasi Beriani bukan ? Tapi uniknya Nasi Beriani yang berasal dari Pakistan ini ialah Nasi dan ayam/daging/kambing/seafood akan dimasak sekali sehingga sebati dan serasi.Tapi yang paling Popular di Pakistan ialah Nasi Biryani Ayam .Kebiasaannya Nasi Biryani Pakistan ini akan dihidangkan sekali bersama-sama dengan hirisan bawang besar,tomato,lemon dan Yogurt salad atau salsa.Nasi Biryani diangkat sebagai nasi kebangsaan di Pakistan. Jadinya memang jika ke Pakistan dan TAK TRY Nasi Biryani Pakistan memang RUGI BESAR !

Nasi Biryani Pakistan

KOFTA (BEBOLA DAGING)

Kofta atau Bebola Daging ini sangat terkenal di Pakistan.Kebiasaanya Kofta akan diadunkan dengan rempah ratus khas dan dihidangkan berkuah kari.Kalau kita dah biasa dengan Bebola Daging yang kering inilah masanya untuk kita TRY bebola daging yang berkuah kari di Pakistan, kebiasaanya kuah Kofta akan dicampur dengan kacang dhal dan dihidangkan sekali dengan telur rebus,Kofta kebiasaanya dimakan bersama Roti Naan,Capati dan nasi.

Kofta

NIHARI

Orang Pakistan kebiasaannya sarapan dengan Nihari.Uniknya Nihari adalah daging lembu atau pun daging kambing serta bahagian tulang yang di stew macam sup tulang di Malaysia tapi kelainanya ialah kuahnya bukan kuah sup tapi kuah yang penuh dengan kelazatan rempah ratus khas pakistan.Kaedah memasak Nihari mengambil masa yang agak lama iaitu semalaman.Kebiasaanya Nihari akan dimasak dalam bumbu semalam dan dihidangkan keesokan paginya. Nihari dihidangkan bersama Roti,Capati dan Roti Nan.

Nihari

KEER

Keer adalah salah satu pencuci mulut yang terkenal di Pakistan.Ianya kebiasaanya dijadikan sebagai sajian penutup untuk majlis-majlis penting seperti majlis perkhawinan,hari raya dan kenduri kendara.Keer ialah puding beras yang berkrim dimasak bersama susu,beras,gula dan digaul sebati dengan buah buahan dan kekacang.Ianya enak dimakan semasa panas mahupun sejuk.

Keer

CHAI (TEH TARIK PAKISTAN)

Sesiapa yang ke Pakistan Wajib minum Chai kerana ianya adalah minuman ruji disana dan boleh didapati dimana mana sahaja di pakistan. Kebiasaanya Chai akan diminum sebagai penutup sajian. Aroma tehnya kuat pastinya membuatkan sesiapa sahaja ingin merasai Chai.

Chai

Inilah dia 5 Makanan dan Minuman yang terbaik dan best yang korang kena TRY di Pakistan. Jadi macam mana ? dah ready nak food hunting di Pakistan ?