Bila sebut mengembara atau travel, pasti kepala kita akan terus membayangkan keindahan tempat-tempat yang ingin dilawati.

Tetapi, sebelum mengembara perkara yang paling penting sekali adalah tak lain tak bukan iaitu mengemas barang-barang berupa baju dan sebagainya. Bagaimana kita ingin mengembara dengan bijak? Ia bermula dari saat kita ‘packing’ semua barang-barang untuk mengembara.

Disini admin nak berkongsi sedikit tips bagaimana mengembara dan mengemas barang secara bijak.

1. Baju Yang Perlu Sahaja.

Pastikan kita bawa baju yang hanya diperlukan sahaja. Cukup sekadar sepasang baju tidur, dua helai seluar jeans dan beberapa helai tshirt. Dan jika kita mengembara di negara yang agak panas, pastikan membawa baju yang mudah kering dan sedikit nipis. Jadi kita boleh mencuci baju dan mengeringkan dengan mudah dan tidak perlulah membawa baju yang banyak.

Jika kita mengembara di negara yang sejuk ataupun musim salji, tidak perlu membawa baju yang banyak kerana kita akan kurang berpeluh, jadi baju tidak menjadi kotor. Cukuplah membawa dua helai baju ‘jumper’, ‘thermal wear’, stokin dan kelengkapan yang sesuai dimusim sejuk supaya badan kita kekal hangat.

2. Kit Travel.

Pastikan kita mempunyai kit travel berupa bekal botol yang kecil supaya memudahkan untuk membawa kelengkapan mandian. Pindahkan hanya sedikit syampu atau sabun mandian di dalam botol-botol yang kecil. Begitu juga dengan pencuci muka, alat solekan dan sebagainya. Bawa hanya ubat gigi bersaiz mini sahaja. Tetapi kebanyakan hostel ada menyediakan syampu dan sabun mandian, jadi tidak perlu membawa jumlah yang banyak. Selain menjimatkan ruang didalam beg, ianya juga menjimatkan berat bag anda!

3. Gulung Baju

Lilat baju dan seluar anda dengan menggunakan kaedah gulungan. Ia sangat-sangat menjimatkan ruang didalam bag anda. Anda boleh menonton tutorial di youtube dan sebagainya.

4. Botol Air

Bawa botol air yang boleh dilipat. Sekarang ia sangat mudah didapati di mana-mana kedai yang menjual perkakas untuk mengembara dan perkakas sukan. Anda boleh menggulungnya jika anda tidak mahu menggunakan ia. Sangat mudah, ringan dan jimat ruang!

5. Plug Adapter Antarabangsa.

Laburkan sedikit duit untuk membeli ‘universal adapter’ yang boleh digunakan untuk mengecas dua atau tiga peranti sekaligus. Ini bagi mengelakkan anda membawa lebih dari satu plug untuk digunakan.

Itu sahaja sedikit sebanyak tips yang kami ingin kongsikan buat semua. Jangan lupa berkongsi dengan kami jika anda mempunyai tips-tips yang lain ya! Dan selamat mengembara secara bijak!

P/s: Semua gambar adalah ihsan dari google.com