fbpx

Bagaimana Mengembara Secara Bajet?

Ingin mengembara dengan bajet yang rendah? Jangan risau, kami mempunyai beberapa tips untuk anda!

1. Beli Tiket Promosi

Kebiasaannya tiket penerbangan harus dibeli awal jika anda ingin mendapat harga yang murah. Dan jika tiket ke destinasi yang anda kehendaki itu murah, terus sahaja beli dan jangan bertangguh kerana promosi biasanya berlaku lebih kurang seminggu sahaja. Ingat, komitmen pertama yang anda harus lakukan jika ingin mula mengembara adalah membeli tiket kapal terbang dahulu!

2. Mulakan Menabung

Jika tiket yang dikehendaki sudah dibeli, mulakan menabung. Mungkin seminggu anda boleh menyimpan sebanyak RM20. Jika tempoh anda kumpul adalah setahun dari tarikh anda mengembara, jumlah terkumpul sudah hampir RM1000. Itu sudah cukup untuk kos penginapan ataupun pengangkutan di sekitar negara-negara Asia!

3. Bawa Makanan

Hampir 40% kos mengembara datangnya dari belanja makanan. Jadi jika anda ingin mengurangkan perbelanjaan dari segi makanan, anda bolehlah membawa bekalan makanan dari Malaysia. Contohnya sambal kering dan sebagainya. Dan anda boleh memasak sendiri. Anda juga boleh membawa travel cooker atau portable rice cooker jika ingin memasak kerana saiznya yang kecil dan ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Boleh kalau nak makan diluar, tapi mungkin sehari sekali sekadar merasa makanan tempatan. Rugi pula rasanya kan kalau kita tak merasa makanan-makanan di tempat yang kita lawati.

4. Pilih hostel

Hostel adalah pilihan terbaik jika anda ingin mengembara secara bajet. Pilih dorm yang kesemuanya wanita jika anda wanita dan juga sebaliknya. Kebanyakan hostel akan menawarkan harga yang lebih murah. Tetapi jika anda mengembara dengan rakan-rakan yang ramai adalah lebih bagus mengambil sebuah rumah dan berkongsi beramai-ramai.

5. Gunakan Pengangkutan Awam

Kebanyakan negara sekarang mempunyai pengangkutan awam yang effisyen. Jadi, selalulah menggunakan pengangkutan awam. Selain jimat, anda juga berpeluang beramah mesra dan bergauk dengan orang-orang tempatan.

Itu antara tips yang selalu kami gunakan jika ingin mengembara secara bajet dan murah. Anda ada tips lagi? Jangan segan untuk berkongsi bersama kami!