Jeju sangat terkenal dengan hasil-hasil laut. Jadi, banyak makanan-makanan di Jeju dihasilkan daripada hasil laut seperti sotong, ikan, kerang-kerangan dan sebagainya. Kesemua hasil-hasil laut ini sangat segar tau! Dekat sini admin nak berkongsi makanan-makanan yang wajib dicuba andai anda datang ke Jeju.

Ikan Bakar (Kodengor Gui)

Ikan Bakar adalah salah satu makanan utama di Jeju yang perlu dicuba. Kebiasaannya ikan yang digunakan ialah ikan mackarel segar. Kita akan dapat merasakan betapa manisnya ikan tersebut dan ianya juga sangat berkhasiat kerana kebiasaannya ia dibakar tanpa menggunakan minyak. Ini kerana ikan mackarel itu mengandungi minyaknya yang tersendiri.

Mackarel Stew Pedas ( Kodengor Jorim)

Jika anda inginkan sesuatu yang pedas dan masam ala-ala asam pedas, ini adalah makanan yang paling sesuai untuk dicuba. Sekali cuba, pasti nak lagi!

Seafood Hotpot ( Haemul Tang)

Kaki-kaki makanan laut harus mencuba seafood hotpot ini. Kebiasaannya ia mengandungi ketam, berbagai jenis kerang, sotong, udang, abalone dan sebagainya. Ia dimasak didalam pot yang besar dan boleh dimakan sehingga 3-4 orang disebabkan kuantiti yang sangat banyak. Rasanya sedikit ringan dari makarel stew dan kuahnya lebih jernih.

Sea Urchin Sup ( Seongge Miyeokguk)

Ini diantara makanan kegemaran admin. Rasanya lebih kurang seperti sup rumpai laut tapi lebih pekat. Sesuai dimakan di waktu sejuk.

Bubur Abalone ( Jeonbokjuk)

Abalone merupakan salah satu hasil laut terkenal di Jeju. Jika datang ke Jeju, tidak sah rasanya kalau tidak mencuba bubur abalone ini. Kita akan dapat rasakan ketulan-ketulan abalone yang dihiris nipis dan dimakan panas-panas. Pasti rasanya tidak akan dilupakan meskipun anda telah tiba di Malaysia!

Ini antara makanan-makanan kegemaran admin di Jeju dan admin telah mencuba hampir kesemuanya. Jadi jika anda datang ke Jeju, jangan lepaskan peluang untuk merasa makanan-makanan yang admin cadangkan ini ya.