fbpx

“Single Travel”: Tips Penting untuk Merancang Perjalanan Solo

Perjalanan solo yang pertama mungkin akan membuatkan anda merasa takut tapi dalam masa yang sama “excited”. Ini kerana jika anda membuat perjalanan solo, anda tidak perlu memikirkan apa yang kawan travel anda inginkan contoh makanan, tempat tinggal dan aktiviti. Perjalanan solo ini akan memberi anda peluang untuk memanjakan diri anda sepenuhnya.

Semestinya perjalanan solo ada bahayanya seperti keselamatan dan kesunyian. Tetapi dengan sedikit persiapan dan “common sense” dapat membantu anda menjimatkan wang dan melalui waktu yang sukar. Disini kami kongsikan tips selamat untuk perjalanan solo anda.

Membuat “homework” sebelum anda tiba di destinasi.

Anda perlu tahu berapa lama masa yang diambil dan berapa kos dari lapangan terbang ke hotel atau ke pusat bandar. Kebiasaanya pengembara solo ini lebih cenderung di tipu oleh pemandu teksi, jadi anda perlu minta anggaran harga dari pemandu teksi dan bandingkan dengan harga yang anda tahu. Atau anda boleh membuat perbandingan harga untuk beberapa pengangkutan awam yang ada disitu sebelum tiba.

Pilih penginapan yang sesuai.

Buat tempahan dengan penginapan yang mempunyai kaunter yang dibuka 24jam jika anda tiba lambat supaya anda tidak perlu tidu rdi dalam kereta atau di luar.

Percaya dengan diri sendiri

Jika anda rasa tidak betul atau was-was, jangan teruskan. Ini kerana perjalanan solo memerlukan anda percaya dengan diri sendiri 100%.

Simpan barang atau duit lebih dari satu tempat.

Jika anda memilih untuk memakai tali pinggang wang(money belt),anda boleh menjadikan ia sebagai tempat simpanan duit bukan sebagai beg tangan. Ini kerana jika setiap kali anda ingin mengeluarkan duit dan menyeluk kedalam baju,ia akan membuatkan anda jadi tumpuan orang ramai dan semestinya tumpuan pencuri juga. Anda boleh menyimpan duit tambahan,passport dan dokumen penting didalam “money belt” dan menggunakan beg yang tahan pencurian(theft-resistant) untuk wang perbelanjaan harian anda.

Pilih tempat yang terbuka atau tempat awam.

Jika anda melakukan perjalanan solo, sentiasa pilih tempat yang terbuka atau mempunyai ramai orang lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Sentiasa kelihatan yakin.

Berjalan dengan yakin dan mengikut arah adalah salah satu teknik yang berkesan untuk mencegah perhatian yang tidak diingini, kerana kelihatan keliru atau hilang tumpuan akan membuatkan anda menjadi tumpuan. Sekiranya anda sesat,masuk ke kedai atau restoran dan minta petunjuk disana.

Elakkan muncul seperti pelancong.

Pakai baju yang tidak terlalu menonjol dan elakkan berjalan sambil melihat buku panduan. Anda boleh mencari tips pakaian yang tidak boleh dipakai diluar negara sebelum memulakan perjalanan.

Berbohong sedikit.

Ianya tidak elok tetapi perlu bila anda berjalan seorang diri. Contohnya sewaktu anda meminta arah jalan, jangan biarkan orang tahu anda bersendirian: “ boleh anda tunjukkan jalan ke muzium? Saya akan berjumpa kawan saya disana.”

Tinggalkan salinan jadual perjalanan anda.

Anda perlu meninggalkan salinan perjalanan anda seperti hotel dan tempat-tempat yang anda akan lawati kepada ahli keluarga atau rakan anda dirumah dan selalu berhubung dengan mereka sekerap yang boleh.

Tiba di waktu siang.

Sebaiknya rancanglah perjalanan anda supaya anda tiba di destinasi pada waktu siang. Ini kerana kawasan sekitar stesen bas dan kereta api boleh menjadi sepi dan menakutkan pada waktu malam dan bandar-bandar kecil kebiasannya akan ditutup lebih awal. Tiba di siang hari membolehkan anda mudah untuk mencari tempat tinggal dan selamat sampai sebelum gelap.

“trust everyone and no one”

Salah satu sebab yang terbaik melancong sendiri adalah bertemu dengan orang baru,tetapi ini juga akan membuatkan anda lebih terdedah. Melepak,melancong dan berkongsi dengan rakan baru tidak salah tetapi anda masih perlu berjaga-jaga dan jangan terus percaya mereka untuk menyimpan duit anda. Kebiasannya penipu sentiasa menjadi kawan yang paling ramah dengan anda, jadi anda perlu sentiasa berjaga-jaga untuk keselamatan anda.

Melancong secara solo ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita cuba, dan ianya tidaklah menakutkan tetapi memerlukan persediaan yang betul. Dengan melancong secara solo anda dapat mengenali dengan orang-orang baru di tempat asing dan dapat melakukan aktiviti yang anda ingini tanpa perlu memikirkan masa dan pendapat orang lain. Jadi anda dapat “enjoy” 100% waktu bercuti anda.