Sesiapa yang pernah ke Jeju pasti pernah mendengar tentang Pulau Udo kan? Pulau Udo adalah pulau kecil yang terletak di Pulau Jeju.
Pulau ini terletak betul-betul bersebelahan Pulau Jeju dan merupakan salah satu pulau yang menarik untuk dilawati.
Bermacam aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Udo. Antaranya adalah:
1. Berbasikal mengelilingi Pulau Udo
Anda boleh berbasikal mengelilingi Pulau Udo sambil menikmati pemandangan yang menarik dan menghirup udara yang segar. Selain itu anda juga boleh menyewa skuter tetapi jika mahu menyewa skuter anda perlu mempunyai lesen memandu antarabangsa ya.
2. Melawat pantai-pantai di Udo
Bagi peminat alam semulajadi dan peminat pantai, Pulau Udo merupakan destinasi terbaik untuk anda kunjungi. Ini kerana Pulau Udo terdapat banyak pantai-pantai yang menarik dan cantik seperti Pantai
3. Mencuba aiskrim Pulau Udo
Udo juga terkenal dengan aiskrim oren dan kacang kerana Jeju merupakan pengeluar utama bagi buah oren dan juga kacang. Rasanya sangat sedap dan menyegarkan. Kalau tak percaya, silalah cuba ya pasti anda akan teringatgingat akan rasanya.
4. Menonton haenyo secara langsung
Jika anda ingin melihat haenyo ataupun dikenali sebagai ‘woman diver’, Pulau Udo adalah tempat yang paling sesuai sekali. Mereka-mereka ini terdiri daripada nenek-nenek yang berusia sekitar 60 hingga 90 tahun yang menyelam di dalam laut untuk mencari hasil lautan tanpa menggunakan tangki oksigen. Hebat bukan?
5. Mencuba makanan laut.
Anda boleh mencuba makanan-makanan laut yang sangat segar seperti abalon, ikan segar, sotong dan lain-lain. Makanan laut ini ditangkap oleh haenyo dan akan dijual ditepi-tepi laut dan rasanya samgat sedap dan harganya juga murah! Sesuatu yang perlu anda cuba jika anda datang ke Pulau Udo.
Itu antara perkara-perkara yang anda boleh lakukan jika anda melawat Pulau Udo. Jangan lupa sertakan sekali Pulau Udo di dalam ititnerari anda jika anda melawat ke Pulau Jeju ya!