fbpx

Persediaan Awal Mengembara

Bagi mereka yang baru pertama kali hendak ke luar negara, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira. Antara perkara penting yang perlu disediakan sebelum anda ke luar negara adalah:

PASPORT
Pasport adalah benda yang sangat penting. Ini kerana tanpa pasport, anda semua tak boleh ke luar negara. Pastikan pasport anda valid sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh anda berlepas. Jangan pula bila dah sampai ke kaunter check-in tiba-tiba pasport anda tidak valid lagi. Kan dah rugi terpaksa batalkan penerbangan beserta tiket. Betul tak?

 

Image result for passport malaysia

 

 

VISA
Tahukah anda rakyat Malaysia boleh akses ke hampir 176 buah negara tanpa memerlukan visa? Tetapi anda masih juga perlu menyemak negara-negara yang anda mahu lawati sama ada ia memerlukan visa ataupun tidak. Antara negara yang perlukan visa bagi warganegara Malaysia adalah India dan China. Visa ini umpama pasport. Jika anda tiada visa, anda tidak boleh mengakses ke negara-negara tersebut. Ingat ya, jangan terlepas pandang pula. Karang tak pasal-pasal menangis di depan imigresen. Huhu.

 

Image result for visa china malaysia

Contoh visa China

 

PLAN ITINERARY RINGKAS

Kenapa itinerary penting? Ini kerana anda boleh merancang perjalanan anda dan juga cara untuk ke tempat-tempat tersebut. Jadi, tidaklah anda terpinga-pinga dan tahu hala tuju anda. Selain itu, ini juga memudahkan anda mengetahui masa operasi setiap tempat. Ini akan menjimatkan masa anda daripada terbuang begitu sahaja. Jadi, jangan lupa sediakan itinerary yang paling ringkas tetapi penuh maklumat. Anda boleh print itinerary dan simpan hard copy sebagai rujukan sendiri. Ataupun anda boleh sahaja plan itinerary anda menggunakan apps seperti Google Trips ataupun Visit a City.

 

Image result for simple itinerary image

KAD KREDIT (kalau ada)

Antara langkah berjaga-jaga yang perlu adalah kad kredit! Kad kredit ini adalah penyelamat disaat anda di dalam kecemasan. Antara kecemasan yang boleh berlaku adalah accident ataupun jatuh sakit dan perlu pemeriksaan hospital. Sesetengah insurans hanya boleh di tuntut apabila anda tiba di Malaysia. Jadi anda perlu dahulukan wang anda dahulu. Jangan salah guna pula, bukan untuk shopping ya.

Image result for credit card

Kalau sesiapa yang tiada kredit kad, anda bolehlah mengaktifkan debit kad anda untuk kegunaan di luar negara. Ini juga adalah sebagai langkah berjaga-jaga jika anda kekurangan duit dan perlukan duit tambahan.

 

TIKET FLIGHT

Jadilah pengembara yang bijak dengan membeli tiket flight ketika promosi. Kebiasaannya tiket flight murah adalah 6 bulan daripada tarikh untuk mengembara. Jadi, jika tiket ke destinasi yang anda mahukan itu murah, terus sahaja beli. Jangan tunggu lama-lama kerana promosi biasanya dilakukan untuk satu minggu sahaja.

 

Image result for flight ticket klm

 

TUKAR DUIT 

Cek mata wang yang digunakan di sesebuah negara. Ini kerana mata wang di semua negara adalah berbeza-beza. Tak semua matawang boleh ditukar di Malaysia. Jadi, untuk lebih selamat, tukarkan wang Malaysia kepada matawang USD dan kemudian barulah ditukarkan ke matawang negara tersebut. Rajin-rajinlah tengok kadar pertukaran matawang dan tukar di saat ia murah. Jadi, anda boleh jimat di situ. 

 

Image result for usd cash

 

TRAVEL ADAPTER

Travel adapter adalah salah satu benda wajib jika anda mahu ke luar negara. Anda kena tahu pin mana yang bersesuaian dengan destinasi anda. Nanti bateri fon habis, powerbank pun 0% jangan menangis pula. Ataupun tak payah pening kepala, boleh beli je adapter macam gambar di bawah ni. Lengkap untuk semua destinasi pilihan anda!

 

Image result for travel adapter

 

 

Semua tips di atas adalah antara langkah pertama jika anda berhajat ke luar negara. Buat research dahulu, jangan main terjah sahaja tempat orang. Tetapi, jika anda sejenis yang tidak suka benda-benda rumit, anda boleh sahaja ambil mana-mana pakej sedia ada dari mana-mana syarikat travel.