fbpx

Kenali Anda Jenis ‘Traveler’ Yang Mana.

Melancong merupakan satu terapi bagi sesetengah orang menghilangkan stress atau ganjaran setelah bekerja. Ada yang menjadikan travel ini sebagai hobi, setiap tahun ada sahaja destinasi-destinasi baharu yang bakal diterokai sama ada sendiri atau bersama kenalan.

Namun, lain orang lain caranya. Setiap orang pasti berbeza cara menikmati percutian mereka dan ini juga merupakan faktor penting anda memilih destinasi tersebut. Jom kita kenali anda ini jenis traveler yang mana !

1.Thrills Seeker

Traveler jenis ini biasanya sangat gemar dengan aktiviti extreme. Mereka lebih suka memilih melancong ke tempat-tempat untuk mendaki gunung, paragliding, bungee jumping dan banyak lagi. Tempat yang dipilih biasanya menawarkan sesuatu yang membuatkan mereka rasa teruja atau jenis aktiviti penggalakan adrenalin.

2. Play By The Book

Young female tourist at St. Peter’s square

Traveler jenis ini biasanya jenis yang mengikut semua yang ada didalam buku,risalah dari A-Z. Biasanya mereka akan membuat pencarian dan senaraikan rancangan,tempat untuk makan, aktiviti, apa yang orang lain recommend dan akan mengikut itinerary 100 peratus.

3. Luxury Traveler

Hotel yang dipilih mestilah tidak kurang dari 5 bintang, biasanya untuk traveler jenis ini mereka mementingkan keselesaaan ketika bercuti. Dari pengangkutan ,kedai makan mewah dan aktiviti yang dipilih mestilah semua nya mempunyai keselesaan. Contoh tempat yang dipilih adalah exotic Caibbean Island atau hotel mewah di Dubai.

4. Budget Backpackers

Kebiasaanya akan mencari pakej yang murah atau berpatutan untuk menjimatkan kos perbelanjaan. Memilih untuk duduk di hotel bajet, guesthouse, hostel atau camping. Traveler jenis ini biasanya sangat peramah dan senang bergaul dengan orang tempatan dan juga kawan backpacker yang lain.

5. Foodie Hunter

Tujuan utama traveler ini mestilah makanan. Pengalaman untuk menikmati makanan ditempat yang mereka idamkan adalah satu kepuasan. Biasanya traveler jenis ini akan mencari kedai makan yang dicadangkan oleh orang tempatan dan juga yang di review oleh traveler lain.

6. Culture Seeker

Sangat suka untuk meneroka budaya tempatan. Traveler jenis ini biasanya akan mencari tempat yang unik dengan membuat lawatan ke muzium, art galeri, pasar tempatan dan festival di negara yang mereka lawati. Tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti kebudayaan, bergaul dengan orang tempatan dan cuba untuk memahami sejarah dan latar belakang negara yang di lawati.

7. All-Inclusive Travelers

Bercuti adalah masa untuk berehat. Traveler jenis ini akan memilih untuk duduk di satu tempat sahaja, bersiar-siar di pantai bersama kawan atau keluarga, melawat ke kawasan tumpuan pelancong dan merasai beberapa makanan tempatan. Kadang kala mereka akan memilih untuk makan makanan yang sama atau masak makanan sendiri. Biasanya mereka mempunyai itinerary, tapi tidak akan ikut sepenuhnya, mereka akan memilih untuk mengikut keselesaan masing-masing.

8. The Followers

Rasanya kebanyakkan kita berada di kategori ini bukan? Traveler jenis ini biasanya tidak suka memeningkan kepala untuk membuat itinerary. Mereka hanya mengikut 100% apa yang telah dirancangkan oleh kawan travel mereka.

Dah tahu anda jenis traveler macamana ? Lepas ini mudahlah nak tentukan budget dan destinasi percutian anda. Apa pun, tak kisah anda jenis traveler yang mana tetapi jaga diri dan jangan lupa kita membawa nama negara bersama ya !