fbpx

Musim Apakah Yang Paling Cantik di Jeju?

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah musim yang paling cantik untuk melawat Pulau Jeju?

Pada kami yang telah lebih 3 tahun  menginap di Pulau Jeju, semua musim adalah cantik dan berbaloi untuk dilawati. Setiap musim mempunyai daya tarikan yang berbeza. Antara keistimewaan Pulau ini ialah Jeju akan berubah warna pada setiap musim. Tak percaya? Jom tengok foto yang kami kongsikan di bawah pada setiap musim yang berbeza.

 

Musim Sejuk

Musim Sejuk di Jeju bermula pada awal Disember sehingga hujung Febuari. Suhu pada musim sejuk adalah sekitar -5c hingga 5c. Kemuncak musim sejuk ialah pada pertengahan bulan Januari setiap tahun, ketika ini suhu boleh turun sehingga -10c terutama di kawasan pergunungan.

Musim Bunga

Musim Bunga bermula pada awal Mac hingga penghujung Mei setiap tahun. Suhu pada musim bunga adalah sekitar 10c-20c dan kemuncak musim bunga kebiasaannya jatuh pada awal April. Awal April merupakan masa yang tepat untuk menyaksikan “Cherry Blossoms” atau lebih dikenali dengan nama “Sakura” di Jepun.

Musim Panas

Musim Panas bermula pada bulan Jun hingga penghujung Ogos. Suhu pada musim panas adalah sekitar 23c-40c. Kemuncak musim panas adalah pada awal Julai hingga dimana suhu kebiasaannya naik sehingga 40c. Musim panas terkenal dengan bunga-bunga seperti Hydrangea dan Bunga Matahari.

Musim Luruh

Musim luruh bermula pada awal September hingga penghujung November. Suhu ketika musim luruh adalah sekitar 10c-20c. kemuncak musim luruh ialah pada penghujung Oktober sehingga awal November.