Jika anda inginkan perjalanan yang adventurous atau anda ingin jimat budget untuk ke Jeju, anda boleh menyewa kereta dan pandu sendiri di Jeju. Susah ke memandu di Jeju? Tak susah pun. Sudah ramai pelancong Malaysia yang memandu sendiri di Jeju.

Tetapi, anda perlu rancang perjalanan anda dengan teliti kerana syarikat sewa kereta di Jeju tidak menyediakan GPS di dalam bahasa inggeris! Bagaimana untuk rancang perjalanan anda dengan baik? Di sini kami berikan tips:

  1. Hotel: Anda boleh buat tempahan hotel melalui website booking.com / agoda.com / airbnb.com / hotels.com dan terdapat banyak lagi senarai website yang anda boleh rujuk untuk buat tempahan hotel.
  2. Tempat-tempat lawatan: Anda boleh senaraikan dan kumpulkan kesemua tempat-tempat lawatan yang anda ingin lawat di Jeju dari carian Google dan lihat lokasi-lokasi tempat lawatan tersebut di peta Jeju. Dari sini anda boleh rancang perjalanan anda dengan lebih mudah dan baik.
  3. Permit Memandu Antarabangsa: Anda wajib memiliki Permit Memandu Antarabangsa sekiranya ingin menyewa kereta di Jeju, dan ini tertakluk kepada semua warganegara samada dari Malaysia, Singapura, Indonesia etc. Sekiranya anda tiada Permit Memandu Antarabangsa anda tidak dibenarkan untuk menyewa kereta sama sekali. Untuk warganegara Malaysia, anda boleh buat permohonan di JPJ.
  4. Nombor telefon: Kami sarankan anda simpan nombor telefon hotel dan tempat-tempat lawatan yang anda ingin pergi supaya anda boleh cari tempat-tempat ini di dalam GPS. Anda boleh juga menggunakan waze atau Google Maps sekiranya anda mempunyai internet data plan tetapi tidak semua tempat-tempat di Jeju anda boleh cari menggunkan Waze / Google Maps.
  5.  Pastikan anda patuhi had laju memandu di Jeju kerana terdapat speed camera di setiap beberapa kilometer! Had laju maksimum di jalan raya di Jeju ialah 80KM/hour. Jadi berhati2 ya.

Antara syarikat kereta sewa di Jeju yang kami cadangkan ialah https://keretasewajeju.com kerana mereka merupakan satu-satunya syarikat kereta sewa milik 100% rakyat Malaysia di Jeju dan membuat tempahan dengan mereka begitu mudah, anda tidak perlukan kad kredit atau kad debit, anda boleh buat bayaran menggunakan bank transfer sahaja. Tambahan lagi mereka boleh bantu anda melalui Whatsapp sekiranya berlaku sebarang kecemasan sewaktu anda memandu di Jeju. Best kan?