fbpx

Betul atau tidak? Ini mitos COVID-19!

Seperti yang kita tahu, COVID-19 sangat la menakutkan, dengan penyebarannya yang cepat dan mendadak membuatkan orang ramai menjadi tidak keruan. Tapi ada juga sesetengah pihak yang membuat kenyataan melulu tentang cara bagaimana COVID-19 ini boleh merebak. Antaranya adalah

5G boleh menyebarkan COVID-19

Ini adalah mitos semata, virus COVID -19 TIDAK boleh bergerak di gelombang radio (radio waves) / rangkaian mudah alih (mobile network). COVID-19 tersebar melalui titisan kecil apabila orang yang dijangkiti batuk,bersin atau bercakap. Seseorang juga boleh mendapat jangkitan dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata,hidung atau mulutnya.

Suhu panas boleh mencegah COVID-19

Mendedahkan diri kepada cahaya matahari atau suhu tinggi dari 25C darjah TIDAK boleh mencegah penyakit COVID-19. Ini kerananegara yang mempunyai suhu panas juga dilaporkan mempunyai kes COVID-19.

Tahan nafas selama 10 saat untuk mengenal pasti gejala COVID-19

Boleh menahan nafas selama 10 saat atau lebih tanpa batuk atau merasa tidak selesa TIDAK bermakna anda bebas dari jangkitan COVID-19 atau sebarang penyakit paru-paru lain. Gejala COVID-19 yang paling biasa adalah batuk kering,keletihan dan demam. Cara yang paling bagus untuk mengenal pasti virus ini adalah dengan membuat ujian makmal. Andatidak boleh mengesahkan dengan latihan pernafasan ini,yang boleh juga mendatangkan bahaya.

Minum alcohol untuk mencegah COVID-19

Minum alcohol TIDAK boleh mencegah diri anda dari COVID-19 dan ini boleh jadi sangat merbahaya. Meminum alcohol secara berterusan atau lebih boleh menyebabkan anda mendapat risiko penyakit lain.

COVID-19 tidak tersebar dikawasan dengan iklim panas dan lembap

Dari bukti setakat ini, virus COVID-19 BOLEH tersebar di SEMUA KAWASAN termasuk kawasan dengan iklim panas dan lembap.  

Cuaca sejuk dan salji boleh membunuh coronavirus

Cuaca sejuk dan salji TIDAK BOLEH membunuh coronavirus yang baru. Tiada sebab untuk mempercayai cuaca sejuk boleh membunuh coronavirus atau penyakit lain. Suhu normal tubuh badan manusia kekal antara 36.5°C ke 37°C, tidak kira suhu atau cuaca luaran.

Mandi air panas untuk mencegah jangkitan coronavirus

Mandi air panas TIDAK boleh mencegah anda dari tidak dijangkiti COVID-19. Ini kerana suhu normal tubuh badan manusia kekal antara 36.5°C ke 37°C, tidak kira suhu mandian anda. Hati-hati,mandi air panas juga boleh membahayakn anda kerana anda mungkin akan melecur.

Coronavirus boleh tersebar melalui nyamuk

Tiada maklumat atau bukti yang menyatakan coronavirus boleh tersebar melalui nyamuk. Coronavirus tersebar melalui titisan kecil apabila orang yang dijangkiti batuk,bersin atau bercakap.

Pengering tangan boleh membunuh coronavirus?

Tidak. Pengering tangan tidak boleh membunuh 2019-nCoV.

Lampu pembasmian kuman ultraviolet boleh membunuh coronavirus?

Lampu UV tidak sepatutnya digunakan untuk mensterilkan tangan atau dikawasan kulit yang lain kerana sinaran UV boleh menyebabkan iritasi kulit.

Makan bawang putih boleh membantu mencegah jangkitan coronavirus?

Bawang putih adalah makanan yang sihat yang mungkin mengandungi beberapa antimicrobial. Tetapi, tidak ada bukti makan bawang putih boleh melindungi anda dari dijangkiti coronavirus.

Adakah antibiotic berkesan untuk mencegah dan merawat coronavirus?

Tidak, antibiotic tidak berkesan terhadap virus, hanya bakteria. Coronavirus adalah virus oleh itu antibiotic tidak boleh digunakan sebagai kaedah pencegahan atau rawatan. Namun, jika anda dimasukkan ke hospital untuk jangkitan COVID-19, anda mungkin akan menerima antibiotic kerana jangkitan kuman mungkin berlaku.

Langkah terbaik untuk melindungi diri kita dari jangkitan COVID-19 adalah dengan selalu membasuh tangan sekerap yang boleh. Dengan membasuh tangan anda boleh membuang virus yang mungkin berada di tangan anda dan mencegah jangkitan yang boleh terjadi dengan menyentuh mata,mulut dan hidung anda.