fbpx

Cara Mendapatkan Tiket Murah

Mesti ramai diluar sana tertanya-tanya apa agaknya rahsia untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah kan. Disini kami akan kongsikan rahsia cara untuk mendapat tiket murah.

1. Aplikasi flight tools

Jangan lupa untuk install aplikasi flight tools seperti skyscanner, kayak, cheapflight dan yang lain-lain. Aplikasi ini akan membantu untuk kita tahu adakah harga tiket pada tarikh yang kita kehendaki itu masih sama atau sudah berubah. Dan jangan lupa kita juga boleh hidupkan notifikasi supaya kita sentiasa berjaga dengan harga tiket yang kita mahukan.

2. Fleksibel dengan tarikh

Jika boleh, kita jadikan tarikh penerbangan kita lebih fleksibal. Contohnya kita boleh anjakkan tarikh penerbangan kehadapan atau kebelakangkan sedikit tarikh penerbangan kerana ini lebih mudah untuk kita mencari harga tiket yang murah.

3. Elakkan peak season (autumn, winter)

Kebiasaanya muism panas merupaka musim yang paling padat sekali dan pada musim tersebut harga tiket akan melonjak naik. Jadi sebolehnya cuba cari musim yang kurang p3lancong seperti musim luruh atau musim sejuk.

4. Cari airport kecil

Airport kecil biasanya menjadi piliham para pengembara tegar kerana kebiasaanya harga tiket pebih murah jika kita mendarat di airport kecil. Sebagai contoh, jika kita dari London dan mahu ke Iceland, cuba elakkan mengambil penerbangan dari Airport Heathrow dan cuba ambil penerbangan di airport yang kecil seperti Airport Luton ataupun Airport Gatwick. Kadangkala kita boleh jimat hampir RM500!

5. Menebus point

Bagi sesiapa yang sering menaiki kapal terbang, jangan lupa untuk mendaftar menjadi ahli disetiap syarikat penerbangan yang kita naiki. Kerana dengan cara ini, kita boleh mengumpul point dan dengam point tersebut kita boleh menebus untuk mendapatkan tiket yang murah.

6. Penerbangan awal pagi

Masa penerbangan juga adalah salah sstu daripada tips untuk mendapatkan tiket murah. Kebiasaanya penerbangan awal pagi memberi jaminan untuk mendapat harga murah kerana todak ramai yang sanggup untuk datang ke airport seawal dua pagi!

Ini antara tips-tips yang mungkin boleh diguna pakai jika anda ingin mencuba mendapatkan tiket murah. Jangan lupa share lagi kepada kami tips-tips yang anda tahu.