fbpx

Masjid Ashrafia Jeju

Kami selalu dihujani oleh pertanyaan tentang masjid di Jeju. Ada beranggapan Jeju mempunyai masjidnya sendiri. Sebenarnya Jeju tidak mempunyai masjid sebelum ini. Hanya bergantung kepada ‘Jeju Islamic Centre’ yang terletak di Bandar Jeju.

Tetapi alhamdulillah, masjid pertama di Jeju baru sahaja dibuka pada Julai tahun ini.

Masjid ini merupakan usaha keras dari pelajar-pelajar Islam Pakistan dari Jeju National Universiti yang tidak putus-putus berusaha untuk mengumpul dana bagi membuka masjid ini. Usaha keras ini telah dilakukan sejak daripada beberapa tahun lepas lagi.

Dan masjid ini dibuka kepada semua dan anda boleh datang bila-bila masa sahaja.

Alamat:
Masjid Ashrafia Jeju (level 3)
1745-1 Ara-dong, Jeju si
(Berdekatan Jeju National University Hospital)
No tel +8210-8615-0786

Silakan share supaya memberi manfaat dan memudahkan sahabat yang lain.