Mengembara secara solo ataupun bersendirian bukanlah suatu fenomena yang asing dimasa sekarang kerana ada pengembara yang lebih selesa bersendirian. Jika lelaki mungkin tidak pelik, tapi bagaimana kalau ianya seorang wanita?

Mesti ramai yang tertanya tidak bahaya kah pengembara wanita ini berjalan sendirian ditempat yang tidak pernah dijejaki dan dikelilingi oleh orang-orang asing. Bagaimana pula penerimaan masyarakat disana lagi-lagi dikawasan minoriti Islam dan lebih-lebih lagi bagi pengembara wanita yang bertudung.

Jadi disini saya bagi tips ringkas bagi muslimah yang nak cuba travel sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Saya ni pun bukanlah banyak sangat pengalaman pun. Biasa-biasa je. Post ini agak panjang sapa sudi bolehlah meneruskan pembacaan anda.

Ini adalah antara yang saya lakukan sebelum mula travel:-

1. Persediaan

Ini terpalinglah penting. Persediaan dari segi fizikal dan mental. Perlu diketahui kalau travel seorang ni, semua benda kena buat sendiri. Dari cari jalan route, itinerary semua diri sendiri kena buat. Pastikan buat itinerary dan perancangan. Tak perlu terlalu details at least ada walaupun ringkas. Jadi nanti takde lah sesat barat nak cari jalan pergi hostel. Dan yang penting dapat menjimatkan kos dan bajet. Penting untuk kita buat kajian tentang tempat yang kita nak pergi tu. Kaji tentang public transport dia macam mana. Susah ke senang. Kemudian search tentang ‘visitor/tourist pass untuk setiap negara. Pass-pass yang ditawarkan biasanya lebih murah, jimat dan mudah untuk digunakan dan biasanya ada yang include transportation dan tiket2 untuk masuk ke tempat2 yang menarik. Pastikan buat juga kajian tentang ‘do’ or ‘dont’ dekat negara yang anda nak pergi tu. Google sahaja semua ada di hujung jari anda. Pastikan anda ada nombor telefon, alamat atau emel yang penting-penting macam family dan kedutaan. Sebab kalau apa-apa berlaku boleh rujuk dekat situ. Dan ambil gambar passport anda sebagai simpanan andaikata passport hilang semasa travel dan ia akan memudahkan prosess di kedutaan.

2. Penginapan

Biasanya memang saya akan book awal-awal penginapan untuk memudahkan urusan. Lagi-lagi kalau waktu kemuncak orang travel memang payah nak cari penginapan yang kosong. Kalau ada pun memang melambung la harganya. Saya jenis tak suka ambil risiko pakai terjah. Tapi ada juga yang jenis selamba walk in. Takpe itu semua masing-masing punya suka.

Dan carilah hostel/ dorm yang berdekatan dengan excess keluar masuk macam stesyen bas/ subway / uber dan sebagainya. Selain memudahkan perjalanan,ia juga memudahkan kalau kita berjalan sampai tak ingat nak tengok jam alih2 dah lewat malam. Jadi, tak lah bahaya sangat nak balik hostel seorang. Tapi please jangan balik lewat bebenor nanti menggangu pulak kawan sehostel kita yang tengah syok mimpi tu. Hehe

Dan kalau boleh cari hostel yang sebilik semua perempuan. Bukan apa terjaga juga aurat dan bebas lah nak tidur kuak lentang ke apa.

Hostel boleh refer www.booking.com / www.agoda.com / www.airbnb.com dan banyak lagi.

3. Makanan

Ok part makanan ni antara yang sangat sensitif. Saya biasanya akan bawa bekal makanan macam nasi segera atau maggi. Yang mudah dimasak lah. Dan selalunya juga saya akan bawa energy bar macam coklat mars, snickers, kurma, kismis dan sebagainya. Jadi sepanjang berjalan kalau lapar makan itu sahaja. Semua itu akan bagi energy untuk anda survive. InshAllah tak kebulur. Hehe.

Sekarang pun kebanyakan hostel ada menyediakan tempat masak. Jadi bolehlah anda masak macam anda masak kat rumah dan jangan kedekut nak jamu orang-orang yang ada dekat hostel tu haha! Ok gurau je jangan serious sangat please tapi kalau buat apa salahnya. Dan kalau was-was nak guna kuali semua, silalah bawa sabun ‘Taharah’. Gunakanlah tanpa was-was.

Kalau teringin juga nak makan dekat luar, pastikan memilih makanan based on vegetarian. Ringankan mulut bertanya. Dan kalau boleh ada sedikit pengetahuan tentang nama-nama benda yang tak boleh dimakan. Contohnya macam ‘lard’, ‘pork’, ‘mirin’ ,’porcine’ dan sebagainya. Ok?

Jangan jadikan alasan ‘musafir’ atau ‘pengembara’ membolehkan anda makan apa sahaja dengan alasan darurat takde makanan. 🙂

4. Pergaulan

Bab ni paling saya suka kalau travel sebab kita boleh jumpa ramai sangat orang yang boleh di jadikan kawan. Dari setiap pelusuk negara katanya. Seronok sebab boleh share macam-macam benda berkenaan ‘culture’ masing-masing dan negara masing-masing. TAPI perlu diingat, bergaul seadanya. Lagi-lagi kita seorang wanita Islam yang bertudung. Jaga adab dan tingkah laku. Sebab Islam ni masih lagi asing di sesetengah negara. Ingat ye, kita mengembara bukan bawa diri kita seorang. Tapi kita bawa AGAMA dan NAMA NEGARA kita sekali. Jangan sebab perangai kita,orang lain pun tak hormat agama dan negara kita. Ingat serta letak dalam kepala.

5. Solat

Solat ni memang saya akui agak susah sikit lebih-lebih lagi di negara minoriti Islam. Tapi itu tak bermakna kita tak jalankan rukun islam kedua tu kan? Mana-mana pergi solat jangan lupa walaupun susah mana pun usahakan ok? Saya biasanya akan bawa sehelai kain batik untuk buat alas. Selain ringan kain batik ni kita boleh buat macam-macam. Sejadah, selimut dan sebagainya. Dan biasa saya akan bawak telekung je kainnya saya tak bawa sebab boleh pakai stokin je. Mudah,simple dan ringan. Tempat untuk solat ini yang masalah kadang2 sebab tak semua negara macam Malaysia surau dan masjid melambak. Biasanya saya akan cari tempat tersorok sikit supaya tak kacau orang nak jalan. Wudhu’ ambil awal-awal dari hostel. Biasanya kita akan solat jama’ untuk Zohor dan Asar je sebab waktu solat tu kat tengah-tengah. Subuh, Maghrib dan Isya’ boleh buat dekat hostel. Jadi takde alasan untuk tidak bersolat semasa travel ok. Yela kita nak Allah mudahkan perjalanan kita, tapi kewajipan yang Allah suruh buat kita tak buat. Kan?

Rasanya itu jela yang saya rasa penting. Dan nak share juga pengalaman mengembara solo. Pernah semasa berjalan seorang di Budapest, memang rasa agak takut sebab semua tengok kita muka pelik je macam nak makan. Tapi buat tak tau je dan teruskan berjalan. Dan pernah juga seorang kawan dipanggil ‘terrorist’. Ini berlaku di Vienna. Tapi keep calm buat tak tau. Tak payah nak lawan ke apa sebab depa ni memang kadang-kadang provok je.

Dan lagi satu pengalaman masa travel solo ke Korea. Masa tu di Busan tengah tunggu ferry untuk ke Jeju. Ada seorang ‘ahjussi’ ni tak habis2 pegang tudung tanya kenapa pakai. Pastu agama apa. Macam-macam la dia tanya sampai naik rimas. Apa yang boleh kita buat cuba jauhkan diri dan senyum je. Tak boleh salahkan dorang sebab dorang tak tau pasal agama kita. So rileks je ok.

Buat muslimah dekat luar sana, jangan ragu-ragu untuk mengembara. Kalau tak confident, mengembara dulu dalam negara sendiri secara solo. Bila dah berani baru buat langkah kedua keluar dari negara ok. InshAllah kalau niat kita baik, Allah akan tolong kita setiap masa. Ingat doa seorang musafir adalah diantara doa yang tiada hijab dan paling termakbul :). InshAllah

P/s: sesiapa ada sudi nak tambah dipersilakan.