fbpx

Produk Istimewa di Jeju

Admin selalu dihujani oleh berbagai-bagai pertanyaan dan soalan dari mereka yang ingin ke Jeju. Antaranya ialah,apa produk yang menarik yang patut dibeli andainya mereka melancong ke Jeju. Sebenarnya Jeju mempunyai banyak produknya yang tersendiri yang mana hanya boleh diperolehi di Jeju sahaja seperti coklat Jeju, jem oren Jeju dan sebagainya. Disini admin ingin berkongsi beberapa produk yang boleh didapati di Jeju dan sesuai untuk dicuba dan dibeli sebagai buah tangan untuk yang tersayang.

1- Tangerine

Bila sebut sahaja Jeju, secara automatik kita akan terbayang akan keindahan dan kemanisan limau. Limau merupakan antara tanaman utama di Jeju. Apabila tiba musim luruh,kita boleh melihat ladang-ladang oren yang dipenuhi oleh tangerin-tangerin ini dan ia akan berkilau apabila disirami oleh cahaya matahari. Dan kilauan ini dipanggil ‘ Gyulrimchusaek’ dan diiktiraf diantara ’10 best scenic views’ di Youngju. Dan antara yang menarik lagi tentang limau tangerin ini adalah jika musim bunga, Jeju akan dipenuhi dengan aroma dari bunga tangerinnya.

2- Hallabong

Antara oren yang terkenal di Jeju adalah oren ‘Hallabong’. Hallabong merupakan kacukan buah limau ‘ Cheonggyeon dan ‘Ponkan’ di Jepun pada tahun 1972 dan diperkenalkan di Jeju pada awal tahun 1990. Ia diberi nama Hallabong kerana bentuk bunjutnya seakan-akan Gunung Hallasan. Rasanya masam-manis, ‘crunchy’, serta mempunya bau yang sangat harum. Ianya juga mudah untuk dimakan kerana tidak mempunyai biji. Jadi,jika ke Jeju jangan lepaskan peluang untuk membeli dan merasainya sendiri ya.

3- Kaktus

Jeju juga mempunyai tanaman kaktusnya yang tersendiri. Pokoknya berbentuk leper dan mempunyai buah-buah yang berwarna ungu. Batang kaktus dan buahnya dijadikan ubat alternatif kerana ia dikatakan mampu menghalang dari penuaan dan juga boleh melawan kanser. Kebiasaanya ia tumbuh secara semulajadi di kawasan Hyeopjae, Hallim-eup dan Marado. Selain digunakan didalam ubat,is juga dijadikan jem, jus dan juga coklat kerana rasanya yang enak masam-masam manis.

4- Teh Omija

Telah omija dihasilkan daripada campuran madu dan juga buah berry Omija yang lazimnya tumbuh di Gunung Hallasan. Tak seperti Omija biasa, ‘Black Omija’ ini adalah product istimewa di Jeju kerana warnanya yang berbeza, saiznya dua kali lebih besar dari biasa dan mempunya rasa yang kuat dan manis. Kebiasaanya berry omija ini dimakan begitu sahaja tetapi lama-kelamaan penduduk Jeju mula merebusnya untuk dijadikan air bagi tujuan perubatan. Dan sekarang ia dijual didalam bentuk kordial dan hanya perlu dibancuh sahaja dengan air. Teh omija ini juga sangat diketahui khasiatnya dan bagus untuk melegakan batuk dan selsema dan rasanya juga amat sedap! Jika ke Jeju,jangan lupa merasa keunikan teh ini dan tanya tour guide kami kerana mereka tahu dimana ingin mencari omija teh yang original tanpa campuran gula tambahan!

5. Minyak wangi Jeju

Pulau Jeju dipenuhi dengan bau-bauan semulajadi yang datangnya dari bau bunga canola, cherry blossoms dan tangerin serta keunikan bau yang datangnya dari laut. Dengan keunikan bau semulajadi ini,penduduk Jeju telah mencipta minyak wangi yang dihasilkan dari bau-bauan semulajadi ini. Jadi anda boleh membeli minyak wangi ini,kerana walaupun anda telah pulang ke Malaysia anda masih lagi boleh menghidu bau-bauan segar dan juga bauan dari Gunung Hallasan juga!

6- Jeju Horse Oil Cream

Tahniah,anda baru sahaja mengetahui rahsia kecantikan kulit orang-orang di Jeju. Orang Jeju memang sangat terkenal dengan kulitnya yang cantik,gebu dan sangat flawless. Selain pemakanan,mereka juga mengamalkan penggunaan krim yang dihasilkan dari minyak kuda ini. Ini kerana minyak dari lemak kuda ini sangat cepat menyerap kedalam kulit dan memberikan kulit kelembapan yang sempurna. Ia boleh didapati di kampung-kampung lama di Jeju kerana ia adalah diantara produk yang dihasilkan sendiri di kampung tersebut.

Jangan lupa untuk follow @jejumuslimtravel untuk mengetahui tentang pakej-pakej mampu milik yang menarik di Jeju!