fbpx

Kesan positif “COVID-19 Lockdown” terhadap alam sekitar!

Perintah Kawalan Pergerakan atau Lockdown di kebanyakan negara telah mula dikuatkuasakan berikutan penularan wabak Covid-19 ini. Masyarakat dikawal pergerakan dan ada juga tidak dibenarkan langsung keluar daripada rumah buat masa tertentu. Tentunya menyusahkan bukan?

Namun, di kala manusia dilarang melakukan sebarang aktiviti di luar, sesuatu telah terjadi di luar. Ianya sesuatu yang positif. Dari udara yang lebih bersih hingga hidupan liar yang bebas, Covid-19 “lockdown” di seluruh dunia menampakkan sejumlah kesan positif terhadap alam sekitar dan ianya tidak disangka-sangka.

Kehidupan moden seperti yang kita ketahui telah dihentikan sementara dan berjuta-juta dari kita bekerja di dalam rumah ketika pemerintah berusaha untuk mengurangkan penyebaran wabak Covid-19.

1. Udara lebih bersih dan peningkatan penglihatan.

Kesan positif paling ketara adalah udara yang lebih bersih di kebanyakan tempat di dunia selepas perintah “lockdown” dilaksanakan.

Pemandangan Pergunungan Himalaya yang terlihat di Utara India.

Antaranya penduduk di Northern India kini boleh melihat Hilamalayan Mountain buat pertama kalinya dalam hidup mereka, ini terjadi disebabkan pengurangan pencemaran udara selepas negara itu mengeluarkan perintah “lockdown”. Pemandangan yang luar biasa ini dapat dilihat selepas 30 tahun terselindung disebabkan pencemaran yang berlaku.

Kebanyakan bandar-bandar lain di seluruh dunia juga menunjukkan tahap pencemaran udara yang makin berkurangan disebabkan orang ramai kurang menghabiskan masa di dalam kenderaan,pejabat dan kilang, dan mereka kini banyak menghabiskan masa di rumah.

Suasana lengang di bandar New York juga mempengaruhi kualiti udara yang baik.
Perubahan tahap udara di China.

Pengurangan tahap nitrogen dioxide juga dapat dilihat di UK, Europe termasuk bandar Paris, Madrid dan Milan dengan penurunan dari 14-25 Mac berbanding waktu yang sama pada tahun lepas, mengikut gambar satelit terbaru.

2. Sumber air kembali bersih dan jernih.

Pemandangan Venice menerusi satelit menunjukkan perubahan tahap kejernihan air.

Di Venice yang terkenal dengan saluran air yang berliku, kualiti air bertambah baik semenjak “lockdown” dilaksanakan. Penduduk disana menyatakan keadaan air bertambah baik dan jernih selepas pengurangan teksi boat, kenderaan dan boat pelancong yang menyebabkan terusan air itu tersumbat.

Cik angsa pun dah pandai lepak Venice sejak Lockdown dikuatkuasa.
Kualiti air yang semakin baik dan jernih.
Bot-bot pelancong yang tidak digunakan berikutan perintah lockdown.
Dolphin yang comel ini mula melawati Venice.

Perubahan itu memberikan penduduk di situ melihat kawanan ikan kecil, ketam dan tumbuhan yang pelbagai warna yang selama ini dikaburi oleh pergerakan perahu yang sibuk di Lagoon.

3. Hidupan liar yang bebas.

Nampaknya haiwan-haiwan ini hairan, ke mana pergi manusia agaknya. Itu sebabnya mereka mula keluar ke bandar-bandar.

Dari kawanan kambing yang mengambil alih kota tepi pantai Welsh hingga rusa yang berkeliaran di sebuah bandar di Jepun untuk mencari makanan, perubahan ini boleh dikatakan indah dan juga aneh.

Di ibu kota Chile, Santiago, seekor puma liar ditangkap setelah didapati berkeliaran di pusat bandar yang sepi itu di waktu malam. Haiwan itu mungkin datang dari bukit-bukit di sekitar itu.

Di Amerika Utara juga dikatakan penduduk tempatan melihat ikan paus di bahagian fjord Vancouver untuk pertama kalinya dalam beberapa dekad.

Selalu ada orang bagi makan, sekarang ni mereka kena pergi ‘tapau’ sendiri.

Rusa di Nara, Jepun , juga dilihat berkeliaran di bandar untuk mencari makanan kerana kebiasaanya rusa disini mengharapkan makanan daripada pelancong yang datang.

Di tempat-tempat lain juga ada menunjukkan haiwan seperti jenis burung yang susah dijumpai kini kembali disebabkan keadaan sekarang.

Di seluruh dunia, “lockdown” menunjukkan bahawa betapa cepatnya dunia alam semulajadi di sekitar kita dapat menyesuaikan diri dan berkembang dengan ketiadaan manusia. Atau dengan lebih ringkasnya, bila manusia keluar, alam semulajadi akan masuk.