Tahukah anda Pulau Jeju mempunyai pelbagai festival yang dianjurkan pada bulan-bulan tertentu setiap tahun. Festival ini juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk anda sertai. Disini kami senaraikan antara festival menarik yang boleh anda sertai jika anda berada di Jeju pada bulan yang disenaraikan.
Jeju Field-Burning Festival (March)
Jeju Field-Burning Festival ini diadakan adalah untuk mendoakan kesihatan dan mendapat hasil tuaian yang banyak untuk tahun yang akan datang. Pelbagai aktiviti ditawarkan sewaktu festival ini seperti permainan tradisional, makanan dan aktiviti kebudayaan, pelancong juga boleh menikmati pemandangan pulau Jeju yang cantik.
Jeju Cherry Blossom Festival (Mar – April)
Jeju King Cherry Tree Blossoms boleh dilihat di semua kawasan di bandar Seogwipo dan di sekeliling Jeju Sports Complex. Kelopak King Cherry Tree blossoms adalah yang terbesar dan paling mewah berbanding cherry blossoms yang lain. Pokok ini hanya berbunga selama 2 ke 3 hari sahaja, sewaktu festival pada bulan April. Mendengar muzik sambil berjalan dibawah pokok cherry blossom di Pulau jeju sangatlah menenangkan dan boleh menghilangkan stress anda. Tetapi sewaktu festival diadakan, keadaan akan menjadi sesak dengan pelancong untuk mengambil gambar di bawah pokok cherry blossom, jika anda tidak mahu bersesak anda boleh la melawat pada awal pagi kerana pada waktu itu kebiasaanya orang tidak terlalu ramai.
Jeju Canola Flower Festival (April)
Festival Jeju Canola Flower adalah salah satu festival yang terkenal di Jeju, dan menarik pelancong yang ramai setiap tahun. Selain menghayati pemandangan yang sangat cantik, pelancong juga boleh menyertai pelbagai jenis aktiviti yang unik dari Pulau Jeju.
Jeju Olle Walking Festival (Oct – Nov)
Festival ini biasanya diadakan di kawasan jalan yang mempunyai pemandangan Jeju yang sangat cantik. Sepanjang perjalanan anda akan disajikan dengan pemandangan Jeju yang sangat cantik: pelbagai “oreums”(bermaksud “gunung berapi kecil” didalam dialect Jeju), pantai yang luas, dan dinding batu yang penuh dengan pelbagai karakter. Sewaktu festival, setiap kampung sepanjang laluan perjalanan akan menyambut peserta dengan pelbagai jenis makanan tempatan yang sedap dan pelbagai persembahan tradisional yang berwarna-warni.
Peserta akan menghabiskan satu course Jeju Olle setiap hari festival dan merasai pelbagai acara kebudayaan sepanjang melakukan perjalanan. Festival ini diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2010 dan terus dilakukan pada bulan November setiap tahun. Anda boleh menyertai festival ini dengan pendaftaran online di laman sesawang Jeju Olle Walking Festival.
Daejeong village Chusa culture art festival
Daejeong village Chusa culture art festival adalah acara yang dilakukan untuk memperingati “spirit” dan karya Chusa Kim Jeong Hui. Pada masa lalu, sewaktu Joseon Dynasty, berkaitan “Death in Prison of Yun Sang Do”, Kim Jeong Hui telah diasingkan di kampung Jeju Daejeong selama 9 tahun, tetapi beliau belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun dengan keadaan yang sangat susah dan memimpin pendidikan bagi penduduk pulau Jeju. Festival ini dilakukan pada setiap tahun semenjak tahun 2002 bermula dengan upacara memperingati semangat Chusa, dan ia mempunyai pelbagai peristiwa seperti lakonan semula proses diasingkan, menulis puisi tradisional, pameran buku, pameran alat tulis Chusa dan pelbagai barang lama, dan pelbagai lagi aktiviti lain yang berkatan pada zaman dahulu. Pada 2007, semenjak “Chusa exile house” dinaik taraf menjadi warisan bersejarah utama, dan pada 2010 apabila Jeju Chusa Memorial House telah siap, festival ini menjadi lebih pelbagai dan berwarna-warni.
Yellow Corvina festival
Festival ini bermula pada tahun 2008, adalah festival mewakili wilayah Jeju menggabungkan produk paling popular Chujo-do, yellow corvine, dengan budaya tradisional ritual untuk menangkap ikan yang besar. Ini mempromosikan lagi yellow corvine, dan pada masa yang sama, ia memperkenalkan budaya tradisional dan memainkan peranan yang besar bukan sahaja untuk menarik pelancong dan mengaktifkan ekonomi daerah, tetapi juga, mempublikasikan nilai budaya yang mudah dilupakan dalam masyarakat moden. Festival ini diadakan di Chuja port setiap tahun. Festival Yellow Corvina sangat popular dan dipilih sebagai festival terbaik dari Jeju-do setiap tahun.
Tamra Grand Festival
Pertama kali diadakan pada tahun 1962 dengan nama “Jeju Art Festival”. Tamra Grand Festival diadakan dengan slogan dan nama yang baru pada setiap tahun, akan menjadi peluang terbaik untuk menunjukkan seribu tahun budaya Tamra kepada pelancong yang mengunjungi Jeju. Acara utama diadakan di Tap-dong plaza berdekatan dengan Jeju Culture Center, dan dimulakan dengan “Ritual Festival”. Lebih dari 10 festival dilakukan setiap hari termasuk “Jeju Original Culture Festival”, “Jeju Intangible Cultural Asset Festival”, “Participating Culture Festival” dan banyak lagi yang memboleh pelancong turut serta menyertai aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama penduduk pulau Jeju.
Pulau Jeju mempunyai pelbagai festival dilakukan untuk menarik pelancong datang dan merasai sendiri keunikan dan cara hidup dahulu penduduk Jeju. Pelbagai aktiviti akan ditawarkan kepada pelancong supaya pelancong dapat merasai sendiri keunikan Jeju. Jika anda ingin menyertai atau merasai sendiri festival yang dilakukan di Pulau Jeju, anda boleh melayari website jejutourism untuk mengetahui tarikh-tarikh bagi setiap festival yang dilakukan. Ini kerana tarikh ini akan bertukar setiap tahun tapi biasanya masih pada bulan yang sama. Harap anda semua dapat merasai salah satu festival yang diadakan di Pulau Jeju.