Topik ini merupakan topik yang menarik yang mungkin para pengembara tegar akan lakukan setiap kali travel ke sesebuah negara. Ia sangat penting lebih-lebih lagi dari segi pengurusan wang.
Tahukah anda perancangan awal itinerari adalah sangat penting supaya setibanya anda di destinasi tidaklah perlu rasa terpinga-pinga tanpa hala tuju.
Disini kami ingin kongsi sedikit tips dan info bagaimana mahu merancang itinerari percutian anda.
1. Kaji Lokasi Percutian.
Pertama sekali buka peta dan lihat lokasi percutian. Kaji dahulu negara tersebut samada pengangkutan awamnya effisyen ataupun anda perlu menyewa kereta sewa. Sesetengah tempat adalah berbaloi menyewa kereta berbanding menggunakan pengangkutan awam dan juga sebaliknya. Setelah selesai mengkaji kawasan tersebut barulah kita akan tahu berapa bangak bajet yang diperlukan.
2. Mengehadkan Perbelanjaan Harian.
Anda perlu tahu dan tetapkan berapa bajet yang mahu dibelanjakan sepanjang percutian anda. Letak satu amaun perbelanjaan dalam sehari. Sekiranya perbelanjaan untuk hari tersebut masih ada baki, barulah anda boleh berbelanja ataupun simpan untuk hari yang seterusnya.
Jangan lupa untuk masukkan bayaran masuk atau tiket ke sesuatu tempat ke dalam bajet anda juga.
Untuk lebih menjimatkan lagi, ada juga boleh layari laman sesawang tentang pakej-pakej yang disediakan oleh agensi pelancongan negara tersebut. Adakalanya diskaun yang berganda akan diberikan jika anda membeli tiket secara online.
3. Pilih Tarikh Yang Sesuai
Tarikh adalah sangat penting jika anda mempunyai bajet-bajet tertentu jika ingin bercuti. Contohnya pilih hari yang mana bukan cuti umum. Ini kerana kebiasaanya pada cuti umum segala harga barang, makanan dan sebagainya akan meningkat berganda kerana pihak peniaga tahu itulah ‘demand’ mereka pada waktu itu. Selain dari itu, akan berlaku kesesakan dengan begitu ramai manusia di sesuatu tempat tarikan kerana musim cuti umum. Jadi simpan cuti anda dari awal!
4. Rancang Bilangan Hari.
Untuk ke sesuatu destinasi, anda harus tahu berapa lama untuk anda habiskan dari satu destinasi ke satu destinasi. Buka peta kaji route yang sesuai. Pilih lokasi yang anda mahu dituju sahaja supaya segala rancangan dan bajet anda tidak lari dari asal.
Contohnya: Destinasi – Pulau Jeju.
Penginapan : Seongwipo, Selatan Jeju
Anda dari lapangan terbang. Lokasi lapangan terbang yang terletak diutara Jeju dan hotel anda berada di selatan Jeju. Ketahui jarak perjalanan, adakah perlu sewa kereta ataupun tidak.
5. Rancang Lokasi Hotel
Tips penting yang terakhir sekali, pastikan penginapan atau hotel anda pada hari terakhir di negara tersebut adalah berdekatan dengan lapangan terbang. Ini mengelakkan anda daripada terlepas penerbangan pulang.
Semoga lima tips penting ini dapat memudahkan lagi percutian anda. Jangan lupa kongsikan dengan kami tips-tips yang bakal memudahkan lagi perjalanan percutian yang anda tahu!