fbpx

Barang yang perlu anda bawa ketika travel

Semestinya percutian adalah satu perkara yang menyeronokkan,tetapi ia juga boleh menimbulkan tekanan. Lagi- lagi bila waktu mengemas barang yang perlu dibawa. Disini kami senaraikan beberapa barang yang perlu anda bawa ketika travel.

Extension Plug

Perkara yang paling buruk boleh berlaku ialah apabila anda mendapati hanya mempunyai satu “outlet” (soket) sahaja di dalam bilik penginapan anda. Semestinya anda perlu membuat pilihan samaada untuk mengecas telefon,kamera atau gadget travel anda yang lain. Ini tidak akan menjadi masalah jika anda membawa “extension plug” anda sendiri.

Bagi yang mempunyai lebih dari satu peranti(gadget), “extension plug” adalah antara benda wajib yang perlu anda bawa ketika melancong.

Power banks

Sewaktu melancong, anda akan banyak menggunakan telefon untuk mencari tempat lawatan dan arah jalan ke tempat yang ingin dilawati,berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan dan juga memuat naik gambar dan video di media social. Semua ini akan membuatkan bateri telefon anda kehabisan bateri dengan cepat. Dan ketika anda melancong,akses untuk mendapatkan “power outlet” adalah tidak dijamin.

Inilah antara sebab anda perlu membawa power banks bersama. Power banks sangatlah mudah didapati sekarang kerana mempunyai kehendak yang tinggi dari pengguna, jadi anda perlu bijak memilih power bank yang tahan lama dan boleh mengecas telefon anda beberapa kali sebelum perlu dicas semula.

Botol kosong

Ini sangatlah berguna bila anda perlu menunggu waktu berlepas yang sangat lama dan semestinya air mineral sangat mahal untuk dibeli di lapangan terbang. Anda boleh mengisi air di kawasan menunggu,kebanyakkan lapangan terbang menyediakan “water dispenser” dan ianya percuma. Selain itu, botol kosong juga sangat berguna jika anda ingin menggunakan tandas. Bagi kita yang biasa menggunakan air untuk mencuci, botol kosong sangat diperlukan lagi-lagi negara yang anda lawati tidak menyediakan hos air didalam tandas.

Beg plastik atau plastic sampah

Membawa plastic sampah mungkin akan membuatkan anda kelihatan janggal. Tetapi ianya sangatlah berguna untuk anda. Anda boleh menggunakan beg plastik ini untuk membuang sampah atau anda boleh menggunakannya untuk mengasingkan baju kotor dan baju bersih. Sesetengah tempat penginapan tidak menyediakan beg dobi dan jika anda membawa beg plastik dari rumah,ianya tidak akan menjadi masalah untuk anda.

Plug universal

Ini adalah benda yang sangat wajib dibawa jika anda ke negara yang menggunakan soket yang berbeza dari negara anda. Jika anda keluar negara tanpa membawa nya, ia akan menyusahkan anda untuk mengecas gadget yang anda bawa dan semestinya harga akan menjadi sangat mahal jika anda membeli disana. Pastikan anda meletakkan plug universal ini dahulu sewaktu mengemas beg anda.

Portable wifi

Jika anda jenis yang memerlukan internet ketika travel, portable wifi sangatlah berguna untuk anda. Ini kerana penggunaan data dari talian telefon anda mungkin sangat mahal dan data yang diberi mungkin tidak mencukupi untuk anda. Kebiasaanya portable wifi ini boleh digunakan untuk beberapa peranti. Jadi tidak menjadi masalah jika anda mempunyai lebih dari satu peranti untuk mengakses internet.

Tuala cepat kering

Kebiasaannya tuala jenis ini mungkin tidak selesa,tetapi ianya sangat berguna untuk mengurangkan berat dan menjimatkan ruang beg anda. Ini kerana tuala biasa kebiasaanya besar dan tebal dan akan menggunakan ruang yang banyak. Ia juga akan menjimatkan masa anda untuk menunggu tuala anda kering sepenuhnya untuk disimpan didalam beg.