fbpx

Korea Selatan Membatalkan Visa & Pengecualian Visa , Termasuk Malaysia!

Korea Selatan dijangka akan membatalkan visa jangka pendek bermula 13 April 2020. Ia juga akan menghentikan pengecualian visa sementara untuk 90 negara, ini adalah kerana kerisauan tentang peningkatan penularan Coronavirus yang datang dari negara luar.

Menteri luar juga menyatakan, bilangan pelancong yang masuk ke Korea Selatan akan berkurangan dari 300 kemasukan sehari daripada 1,000 sehari sebaik sahaja sekatan baru berkuatkuasa. Kerajaan Korea mengharapkan dengan melaksanakan sekatan ini dapat mengurangkan kerisauan rakyat mereka tentang jangkitan dari luar dan mengenai rancangan kuarantin yang dilakukan agar berkesan.

Langkah terbaru membatalkan visa jangka pendek sehingga 90 hari dikeluarkan kepada orang luar sebelum 5 April, kecuali bagi pemegang visa C-4, yang ditaja oleh firma tempatan untuk kemahiran mereka. Ia tidak menjejaskan visa jangka panjang. Warga asing dengan visa jangka pendek perlu memohon semula,dimana mereka boleh melakukannya dengan percuma. Warga asing yang sudah berada di Korea boleh menetap disini sehingga visa mereka tamat tempoh.

Kerajaan Korea juga menegaskan bahawa permohonan visa baru akan ditapis dengan lebih ketat, memerlukan pemohon menghantar sekali rekod kesihatan menyatakan mereka bebas dari gejala COVID-19.

Pelancong daripada China paling ramai menerima impak yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Korea Selatan.

Dengan sekatan baru ini, kerajaan akan membatalkan 2.35 juta visa jangka pendek. Pelancong dari China merupakan antara yang paling teruk terkesan dengan 1.95 juta visa dibatalkan, diikuti oleh Vietnam sebanyak 90,000.

151 negara telah mengenakan sekatan masuk ke atas Korea atas wabak COVID-19. Antara negara-negara itu, langkah baru kerajaan akan dilakasanakan pada 90 buah negara, termasuk 34 negara yang mempunyai kemasukan “visa-free” dengan Korea, seperti Australia, Canada, Saudi Arabia dan Argentina, dan 56 negara dengan “visa waiver” termasuk semua negara EU, New Zealand, Singapore, Malaysia dan Thailand.

Malaysia tidak terkecuali selepas ini perlu memohon visa untuk kemasukan ke Korea Selatan.

Pelancong yang ingin melancong ke Korea daripada negara-negara tersebut perlulah memohon visa untuk kemasukan ke Korea.

Tetapi untuk yang mempunyai passport diplomatic, crew penerbangan dan perkapalan, dan APEC Business Travel Cards masih diberikan kemasukan secara “visa-free”.

Ini hanya meninggalkan beberapa negara seperti US,UK,Mexico dan Ireland yang masih boleh menggunakan program pengecualian visa.

Kes-kes yang datang dari luar telah menjadi kebimbangan utama Korea Selatan kerana mengandungi wabak, walaupun kes jangkitan baru telah menurun di Korea.

Kelihatan Korea Selatan mengambil langkah yang drastik dan tegas dalam mengawal penularan wabak ke dalam negara mereka, meskipun ini bakal mengganggu ekonomi pelancongan mereka.

Bagaimana pula anda ? Adakah anda bersetuju dengan langkah-langkah ini ? Atau anda terkilan dengan prosedur lebih ketat kerajaan Korea Selatan ? Kongsikan.