Suicides

Bila dengar tentang Korea Selatan, apakah perkara pertama yang terlintas difikiran anda? Kpop? Kdrama? Kemajuan Sains dan Teknologi? Sememangnya Korea Selatan adalah model negara maju yang banyak dicontohi negara lain terutama dalam industri sains dan teknologi. Tapi tahukah anda, berdasarkan laporan World Health Organization (WHO), Korea Selatan juga merupakan negara kedua tertinggi di dunia dengan kes bunuh diri? Kenapa? Tak bahagiakah rakyat Korea sampai membunuh diri? Korea Selatan mencatatkan sejumlah 30 dari 100,000 rakyatnya membunuh diri setiap tahun. Walaupun pemimpin Korea berjaya membangunkan negara, tetapi sayangnya ramai golongan tua yang diabaikan atau digelar sebagai “Generasi yang dilupakan”. 50% warga emas di Korea hidup di bawah taraf kemiskinan lantas meningkatkan kadar kes bunuh diri negara tersebut. Malah anda semua jangan terkejut, bukanlah budaya orang Korea untuk menjaga ibu-bapa yang tua. Budaya ini semakin pudar sejak abad ke-21. Bersyukurlah kita yang hidup di Malaysia, majoriti anak-anak masih mengambil beratkan kebajikan ibu-bapa yang sudah tua.