fbpx

5 Tempat Wajib Anda Terokai di Pakistan

Selepas COVID-19 melanda, kenapa orang ramai ingin berkunjung ke Pakistan? Ada apa yang menarik di Pakistan ini? Mari saya kongsikan tentang kecantikan dan keunikan negara Pakistan yang membuatkan ramai orang terpukau untuk pergi ke negara itu.

Pakistan merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian landskap alam semula jadi yang cantik. Negara ini mempunyai empat musim dimana waktu fall dan spring yang pendek serta waktu summer dan winter yang panjang. Jika anda ke negara ini, anda dapat berjalan sambil melihat pemandangan yang berlatarbelakangkan banjaran gunung yang ditutupi salji dan pastinya akan membuatkan anda jatuh hati dengan negara ini.

 

Hunza Valley

Hunza Valley merupakan kawasan yang paling cantik di Gilgit-Baltistan. Hunza Valley sangat terkenal dengan pemandangan ‘nature’ yang cantik setanding dengan Switzerland. Kawasan pergunungan Hunza ini terletak di utara Pakistan dan mempunyai banyak tarikan semula jadi yang masih terpelihara rapi termasuklah kawasan gunung, bukit, tasik dan juga sungai. Perjalanan ke Hunza Valley mengambil masa selama 2 jam daripada bandaraya Gilgit. Kenapa Hunza Valley adalah tempat wajib dilawati apabila anda ke Pakistan? Ini kerana pemandangan pergunungan Karakoram yang menakjubkan, jalan yang menyusuri sungai Hunza dan pemandangan tasik yang mendamaikan bakal menjadi pengalaman yang terindah buat anda.

 

Hussaini Bridge

Hussaini Bridge merupakan salah satu tempat yang terkenal di Pakistan dan terletak di Hunza Valley. Jambatan ini tersenarai dalam jambatan yang paling merbahaya di dunia. Kenapa Hussaini Bridge dikategorikan sebagai jambatan yang bahaya? Ini kerana apabila anda lihat struktur jambatan ini secara kasar, jambatan ini nampak seperti tidak kukuh. Tetapi anda tidak perlu risau, kerana jambatan ini telah dibina berpuluh tahun lamanya dan masih kukuh untuk dilintasi. Jika anda seorang penggemar aktiviti ‘extreme’, Hussaini Bridge ialah destinasi yang sesuai untuk anda. Tempat ini terkenal dalam kalangan pelancong sebab pemandangannya berlatarbelakangkan sungai yang tenang dan bukit yang cantik!

 

Tasik Attabad

Tasik yang berwarna ‘royal blue’ ini dinamakan sebagai Tasik Attabad dan merupakan antara tasik tercantik di Pakistan. Di sebalik kecantikan tasik ini, ada sejarah yang tidak disangka berlaku sebelum Tasik Attabad terbentuk. Satu tragedi tanah runtuh besar berlaku pada tahun 2010 yang disebabkan oleh gempa bumi dan telah mengakibatkan aliran sungai Hunza tertutup dengan batu besar. Akibat kejadian itu, beberapa kampung turut tenggelam dan penduduk kampung terpaksa dipindahkan. Sudah 12 tahun peristiwa tersebut berlaku dan bencana itulah yang membentuk Tasik Attabad dimana kini merupakan satu kawasan yang popular di Pakistan.

Di Tasik Attabad ini, terdapat beberapa aktiviti ‘watersport’ yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Antara aktivitinya ialah, anda boleh bermain jetski ataupun anda juga boleh sewa bot untuk menyelusuri sepanjang tasik ini. Semestinya pemandangan Tasik Attabad inilah yang menjadi tumpuan ramai pelancong untuk ke Pakistan.

 

Babusar Pass

Perjalanan melalui Babusar Pass sangat cantik! Babusar Pass ialah jalan yang menghubungkan Khyber Pakhtunkhwa dan Gilgit-Baltistan. Apa yang istimewa sangat dengan Babusar Pass ini adalah, anda hanya boleh melalui jalan ini ketika musim panas. Jika anda datang ke Pakistan pada musim sejuk, Babusar Pass ini tidak akan kelihatan sebab habis ditutupi salji. Perjalanan sejauh 150 kilometer mesti tidak terasa lama apabila anda dapat melihat pemandangan yang ‘priceless’ ini.

 

Passu Cones

Passu Cones adalah destinasi pelancongan yang terletak di sepanjang Lebuhraya Karokaram dan sangat terkenal dengan pemandangan gunung Passu yang bersalut glacier. Jika anda ke Pakistan, jangan lepaskan peluang ada untuk pergi kesini sebab sepanjang perjalanan, anda dapat lihat Passu Cones yang rata-ratanya berketinggian 6 meter. Ramai orang yang lalu di lebuhraya ini akan berhenti untuk bergambar dengan berlatarbelakangkan gunung-ganang disitu. Kecantikan dan keunikan pemandangan di sepanjang lebuhraya inilah yang menjadikan ramai pengunjung tertarik untuk kesini. Passu Cones termasuk dalam senarai tempat yang wajib anda teroka di Pakistan kerana pemandangan semula jadinya yang tiada tandingan.