Pernahkah anda terfikir untuk bercuti di pulau-pulau di seluruh dunia? Terlalu banyak pulau yang ingin dilawati sampai tidak tahu yang mana satu untuk di buat pilihan? Disini kami senaraikan antara 10 pulau yang tercantik didunia yang mungkin anda boleh masukkan kedalam list percutian anda nanti. Semestinya selepas keadaan Covid-19 bertambah pulih nanti.
1.Milos (Greece)
Pemandangan air laut yang berwarna biru, Milos pulau kecil yang terletak di hujung barat daya Greek Cyclades. Pada tahun 1820, disinilah tempat patung Aphrodite atau dikenali sebagai “Venus de Milo” di jumpai.
Rumah-rumah berwarna putih dengan pintu dan tingkap berwarna biru mencerminkan skema wana pulau ini. Pantai yang terkikis berupa lengkungan yang cantic ditambah dengan teluk dan pasir putih menambahkan lagi keindahan pulau ini.
Pelancong boleh menikmati “seafood” bakar yang segar dari laut Agean. Perjalanan ke pulau ini mengambil masa 40 minit penerbangan atau boleh menaiki ferry dari Athens mengambil masa 4 ke 7 jam.
2.Bartolomé (Ecuador)
Antara pulau tercantik di Galapagos, Bartolome adalah tempat dimana anda boleh menemui penguin Galapagos, skittering crab dan iguana laut.
Pantainya yang berwarna biru kehijauan diimbangi oleh aliran lava arang hitam di Sullivan Bay. Pelancong boleh menyelam atau berenang bersama penguin Galapagos, dan boleh juga melihat burung-burung yang berterbangan di permukaan laut untuk mencari makanan.
3.Fregate (Seychelles)
Masih mengekalkan “wild landscapes” di pulau persendirian ini menjadikan pulau ini antara yang tercantik di Seychelles. Pelancong boleh melihat aldabra tortoise gergasi melintas, dan dua spesies penyu yang merangkak ke darat untuk bertelur.
Terdapat banyak penginapan di pulau Fregate. Menariknya, Fregate adalah sebuah pulau peribadi tetapi pelancong masih boleh masuk dan menginap disitu.
4.St. Lucia (Lesser Antilles)
Kawasan rumah yang diwarna cerah di lereng curam St.Lucia, tersusun dari puncak batu sehingga ke pantai Caribbean. Di gabungkan dengan Pitons gunung berapi yang terletak di pulau ini menjadikan ia satu pulau yang sangat cantic.
Hutan yang berada di dasar pergunungan itu merupakan sebahagian dari warisan dunia UNESCO. Di sini anda boleh melihat hummingbird, tumbuhan pakis dan laluan yang diselubungi kabus.
5.Jura (Scotland)
Laluan di gunung merupakan tempat habitat rusa merah,sementara helang emas dan helang laut berterbangan di atas. Pemandangan luar biasa ini menarik perhatian pelancong yang gemarkan “adventure & escapists.” Jura merupakan pulau liar di Scotland. Pulau ini terkenal dengan gunungnya yang tinggi. Aktiviti yang biasa dilakukan di pulau ini adalah mendaki.
6.Komodo Island (Indonesia)
Antara pulau yang cantik di Indonesia, disini terkenal dengan Komodo, binatang yang bergerak perlahan dan memiliki gigi yang tajam dan beracun. Anda boleh melihat Komodo bergerak bebas di pulau ini. Di bahagian laut pula terdapat terumbu karang yang menjadi habitat untuk kuda laut dan “blue-ringed octopus”.
Penyelam yang beruntung boleh menjumai ikan paus omura atau dugong. Anda juga boleh berjalan-jalan di persisiran pantai nya yang berwarna merah jambu. Sayangnya, Pulau Komodo ditutup pada tahun ini (2020) untuk menjaga habitat komodo.
7.Senja Island (Norway)
Pergunungan yang tinggi menjadi latar belakang keindahan perairan biru di Senja Island. Dari puncak berbatu Anderdalen National Park hingga ke fjord, Senja Island mempunyai pemandangan yang sangat dramatis untuk keindahan asli Arctic.
Pada musim sejuk,anda boleh melihat aurora. Perkampungan nelayan disini juga sangat cantic dan menjadi tempat tarikan untuk dikunjungi.
8.Mo’orea (French Polynesia)
Memiliki keluasan 134 kilometer, Pulau Moorea dikelilingi oleh pergunungan hijau yang indah. Pasir pantainya yang berwarna putih dan airnya yang biru Kristal.
Pulau ini sangat sesuai untuk yang sukakan aktiviti snorkelling dan berenang. Latar belakang yang dramatis dari gunung hutan,puncak gunungnya kelihatan seperti bergerigi, kontras dengan pemandangan indah ditepi airnya yang biru. Moorea merupakanpulau kecil yang jauh dari tumpuan pelancong. Anda boleh besjalan di pesisir pantai pasir putih dan melakukan aktiviti mendayung dan berenang dengan humpback whales.
9.Palawan, Philippines
Dilindungi oleh UNESCO, Pulau Palawan ini memiliki keindahan pasir putih dan air yang jernih. Tebing tebal dan tanaman bakau yang masih tersembunyi menjadikan ianya salah satu keindahan pulau Palawan.
Kehidupan liar juga masih belum tercemar dan penduduk tetap disana masih menjaga tradisi mereka memberikan pengalaman baru untuk pelancong yang berkunjung disana. Tetapi tempat “persembunyian” yang paling luar biasa mungkin berada di Taman Negara Puorto Princesa Subterranean, yang tersenarai didalam UNESCO World Heritage Site dimana sungai bawah tanah mengalir melalui gua batu kapur.
10.Kaua’i (United States)
Pulau Kauai termasuk didalam kepulauan Hawaii dan dikenali sebagai The Garden Isle. Ini adalah disebabkan kawasan itu dikelilingi oleh hutan tropika. Hutan ini adalah habitat untuk spesies burung yang hanya hidup di pulau Hawaii.
Inilah antara 10 pulau yang tersenarai sebagai pulau tercantik di dunia. Ada yang boleh masuk dalam list percutian anda?