Gunung bukan hanya dinilai dari segi ketinggiannya sahaja,kerana ketinggian bukan segalanya.Gunung mempunyai pelbagai bentuk dan saiz dan selalunya, yang paling luar biasa adalah yang lebih menarik untuk dikunjungi. Disini kami kongsikan 10 gunung yang sangat cantik dan luar biasa didunia.
1. Zhangjiajie Pillars, China

Terletak di Zhangjiajie National Forest Park, mempunyai 3000 bukit berbentuk pilar. Juga dikenali sebagai “Avatar Hallelujah Mountain” sebagai penghormatan untuk cerita Avatar oleh James Cameron film.
2. Mount Mouaroa, Moorea

Moorea yang terletak di French Polynesia dianggap salah satu pulau tercantik di Pacific. Dengan ketinggian 761m, Mouaroa bukanlah yang tertinggi di pulau gunung berapi, tapi ia dikatakan salah satu tempat yang mengagumkan.
3. Rainbow Mountains, China

Gunung pelangi atau Rainbow mountain ini terletak di Zhangye Danxia Alndforn Geological Park. Lapisan batu pasir yang mempunyai warna serta kandungan mineral yang berbeza itu telah ditekan bersama lebih 24 juta tahun yang lalu menjadikan ia mengeluarkan warna yang sangat menarik.
4. Devils Tower, United States of America

Terletak di Bear Lodge Mountains,Wyoming, merupakan tempat pertama diisytiharkan sebagai United States National Monument dengan ketinggian 386m. Tempat ini menjadi tumpuan orang ramai selepas ia menjadi salah satu tempat pengembaraan di dalam cerita “Close Encounters of the Third Kind” oleh Steven Spielberg.
5. Fairy Chimneys, Turkey

Terletak di wilayah Cappadocia, terhasil daripada proses geologi yang bermula jutaan tahun dahulu. Pada abad lalu, pelarian telah menggali dan menjadikan Fairy Chimneys sebagai tempat kediaman mereka.
6. Mount Kinabalu, Malaysia

Terletak di Taman Negara Kinabalu di Pulau Borneo, ketinggian 4,092m. Gunung Kinabalu termasuk dalam senarai 20 gunung yang dikenali di seluruh dunia.
7. Bungle Bungle Range, Australia

Berbentuk seperti sarang lebah danterletak di Tman Nasional Purnululu, Australia. Kubah batu pasir kapur ini adalah rapuh dan mendaki adalah dilarang sama sekali. Ia juga adalah tempat tinggal untuk penduduk Aboriginal selama lebih dari 20,000 tahun.
8. Cerro Torre, Patagonia

Ketinggian 3,128m dan merupakan gunung yang paling sukar untuk didaki. Memerlukan tahap kemahiran mendaki bukit dan ice climbing yang tinggi. Kerana puncaknya merupakan ais yang dibentuk oleh angin Patagonia yang terkenal dengan angin yang kuat, dan ia menjadikannya lebih sukar untuk didaki.
9. Mount Otemanu, Bora Bora

Di puncak 727m Gunung Otemanu kita boleh melihat pemandangan yang sangat cantik dan terumbu karang yang cantik yang mengelilingi Pulau Bora Bora. Buat masa sekarang, mendaki adalah dilarang kerana batu gunung berapi itu kini mulai rapuh dan merbahaya. Gunung Otemanu dan Gunung Pahia adalah sisa gunung berapi pupus yang pernah wujud di pusat pulau itu.
10. Chocolate Hills, Philippines

Mempunyai lebih dari 1260 bukit coklat yang tersebar di kawasan seluas 50km persegi di Wilayah Bohol,Philippines. Mendapat nama Bukit Coklat kerana rumput hijau yang menutupi bukit itu akan bertukar warna coklat sewaktu musim kering dan membuatkan ia menyerupai “coklat kisses”. Bukit yang tertinggi hanyalah berketinggian 120m.