Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yang saya belajar dari orang korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit dan badan mereka. Jika anda ke korea mesti perasan kulit mereka banyak yang putih, bersih, dan badan pun slim je kan? Saya pernah tanya sendiri dengan kawan-kawan Korea cara mereka jaga kecantikan, jadi di sini saya list kan beberapa secret tips yang mereka bagitahu dan hasil dari pemerhatian saya sendiri:
1) Penjagaan kulit yang wajib ada :
– Pencuci muka (saya perasan ada yang cuci muka guna berus muka pobling, ini memang sangat berkesan)
– Toner
– Pelembab
Kesemua benda di atas ni adalah benda asas yang setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence dll. Tapi ketiga2 di atas adalah yang paling basic. Jadi kalau malas sangat nak ada cream banyak2, at least yang tiga tu mesti ada.
2) Peeling Gel
Ini roomate Korean saya sendiri yang bagitahu. Peeling gel ni macam scrub yang exfoliate kulit-kulit mati & daki. Wajib pakai sekurang-kurangnya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali sahaja. Peeling gel untuk badan pun ada, sebab tu kalau kita lihat kulit badan mereka pun flawless dan licin. Dulu saya pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah stop sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok di setiap kedai kosmetik brand Korea, mesti ada Peeling gel. Kalau brand Nature Republic saya recommend Aqua Peeling.
3) Sunblock
Kalau kat Malaysia orang kita pakai waktu nak pergi tepi pantai je kan, tapi orang Korea pakai HARI-HARI. Saya pernah berbual dengan beauty consultant yang bekerja dengan It’s Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni. Tak pakai makeup tak apa, asalkan pakai Sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik2 jeragat, jerawat, sunburn dll. Bagi orang Korea sunblock ni benda basic juga dan tersangat-sangatlah penting.
4) Tidak makan makanan yang berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yang minimum
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit mereka terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea kurus-kurus.
5) Banyak makan sayur
Kalau sesiapa yang pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu makanan mereka biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan2 sayur ni dan tak perlu diterangkan lagi.
6) Banyak bersukan
Waktu saya masih tinggal di asrama universiti, asrama tersebut memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Saya perhatikan dalam bilik gym tu bukannya mereka setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yang buat zumba. Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain ceritanya. Saya pernah jadi private tutor english kepada 2 orang veteran korea (umur sudah 50 ke atas). Mereka kata, setiap weekend pasti mereka akan pergi hiking gunung Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ya dan badan mereka memang slim, kulit pun tegang lagi. Jadi apa kata kita rakyat Malaysia ni dari spend hujung minggu tengok wayang atau window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pula. Takkan nak kalah dengan makcik2 kat Korea ni kan.
7) Pakai Face Mask 2 kali seminggu
Kawan2 Korean saya di asrama dulu memang sangat rajin pakai face mask, dan siapa yang pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening tak tahu nak beli yang mana. Mask ni sangat membantu untuk lembutkan dan buat kulit rasa refresh. Saya perhati kawan-kawan yang rajin pakai mask kan, kulit mereka licin jenis berkilat tu. Sangat glowing. Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Saya selalu pakai telur je. Asingkan telur putih & telur kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air. Kemudian sapu telur kuning pula. Paling best bila perah lemon / limau kat telur tu. Buat 2 kali seminggu.
8) Makan Seaweed
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yang dah diproses, ada juga seaweed fresh yang dimasak sup. Seaweed mengandungi banyak collagen yang sangat bagus untuk kulit. Dan orang Korea selalu guna seaweed dalam masakan mereka. Siapa pernah makan seaweed sup? Sedap kan? Favourite saya tu.
9) Tauhu
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga macam seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Saya pernah lawat rumah kawan orang Korea dan dia hidangkan tauhu mentah + kimchi. Mula2 pelik tapi bila makan sedap! Tauhu tu mereka makan colet dengan Kimchi macam makan keropok lekor cicah sos.
10) Pembedahan Plastik
Pastinya, ini tidak boleh disangkal lagi. Tapi pembedahan ni mereka buat hanya untuk membetulkan mata, hidung, rahang muka dll. Untuk penjagaan kulit, kesihatan dan dalaman adalah semua yang telah disenaraikan di atas.
Boleh dirumuskan di sini, kebanyakan orang Korea menjaga kesihatan dan kecantikan mereka dari dalaman lagi, dari segi pemakanan, aktiviti sukan dll. Mereka juga sangat menjaga kesihatan kerana kos rawatan kesihatan di Korea sangat mahal. Jadi seboleh-bolehnya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital.
Semoga info ini memberi manfaat dan sila share kepada rakan-rakan anda.