Selama 3 tahun kami menetap di Korea, ada banyak nilai-nilai murni yang kami belajar dari orang-orang tempatan hasil dari pemerhatian kami sendiri. Di sini kami senaraikan antara sikap orang Korea yang kita boleh contohi
1) Tak memilih kerja. Jika anda ke Korea dan lihat pekerja2 stesen minyak, tukang cuci, construction worker, tukang kebun.. semuanya warga Korea. Sangat susah untuk jumpa pekerja warganegara luar. Graduan di Korea pula sebaik habis belajar, mereka capai apa yang ada didepan mata. Ramai yg bekerja di 7 eleven, Guesthouse, Hotel, Canteen
dan lain2 pekerjaan sementara.
2) Patriotik. Rakyat Korea sangat sayangkan negara sendiri. Oleh itu mereka sangat menyokong produk-produk tempatan. Jika anda melawat Korea, anda akan lihat hampir semua barangan di sini adalah “Made in Korea”. Dan mereka bangga untuk menggunakan produk tempatan.
3) Kreatif dalam memperkenalkan negara. Melalui drama, rancangan realiti dan budaya k-pop, korea memperkenalkan negara mereka kepada dunia. Secara tidak langsung mereka berjaya menaikkan industri pelancongan negara mereka.
4) Menjaga pemakanan. Makanan di Korea di masak tidak berminyak & tidak dicampur gula. Begitu juga dgn minuman teh, mereka minum tanpa gula. Sayur-sayuran juga lebih banyak berbanding daging. Sebagai contoh jika anda makan Nasi dan Ikan Bakar. Mereka akan sediakan 4-5 jenis sayur-sayuran sebagai side dishes. Sebab itu majoriti rakyat Korea semuanya sihat2 dan panjang umur.
5) Tidak mengharapkan bantuan. Percaya atau tak sangat ramai orang Korea yang hidup miskin tapi mereka bekerja keras dan tidak mengharap belas kasihan orang lain. Saya pernah berniat untuk sedekah kepada peniaga duduk di jalanan,umurnya sangat tua tapi wang tersebut dibaling kepada saya semula. Pelajar2 universiti pula tidak diberikan bantuan kewangan dari kerajaan. Semuanya menggunakan duit sendiri, sebab itulah ramai pelajar universiti di Korea melakukan part time job seperti menjadi private tutor, bekerja di 7E, menjaga pam minyak etc.
6) Menghormati guru dan tenaga pengajar. Di sini, darjat guru dan pensyarah sangat tinggi. Masyarakat sangat menghormati mereka. Pada mereka, guru adalah kunci kejayaan bangsa Korea. Segalanya bermula dari guru-guru yang mendidik.
7) Tidak menceritakan yang buruk tentang negara sendiri. Bila ditanya tentang korea, pasti jawapannya yang baik-baik saja. Mereka takkan memalukan negara sendiri dengan menghebahkan perkara yang buruk.
Semoga nila-nilai murni ini dapat kita jadikan contoh dan praktikkan di Malaysia. Sila share kan post ini kepada rakan-rakan anda.