1.Hotteok

20090529-hotteok-fried-goo

Hotteok merupakan pan-cake berinti gula perang, serbuk kayu manis (cinnamon) dan kacang kisar. Anda boleh dapatkan Hotteok di Dongmun Market. Sekeping hotteok berharga 500 won, anda juga boleh cuba Hotteok berinti sayur yang berharga 1000 won sekeping.

2. Odeng (Fish Cake)

8387235521_b21ddd0983_c-682x455

Fish cake yang dicucuk seperti sate juga sangat terkenal di Korea. Paling best bila makan fish cake panas2 ketika musim sejuk kerana kebiasaannya ia satu pakej dengan sup panas. Anda boleh dapatkan odeng di Dongmun Market, biasanya dijual di tempat yang sama dengan Hotteok.

3. Waffle

14562044_238704103239765_2379970863387639808_n

Waffle sudah menjadi trend di Korea, dan antara kegemaran saya ialah Cream Waffle kerana cream yang digunakan tidak terlalu manis, dan tepung waffle juga tidak terlalu manis. Anda boleh dapatkan waffle di sekitar Jusangjeollidae atau Seongsan Sunrise Peak. Terdapat juga waffle yang disaluti coklat, kacang dan cream hallabong. Harga waffle bermula dari 4000 won – 6000 won.

4. Sotong Bakar

20160217_112359

Rasa sotong bakar di Korea tidak sama dengan sotong bakar di Malaysia. Sotong di Korea tidak dicampurkan dengan sebarang bahan lain walaupun secubit garam. Size juga besar, anda boleh order seekor sotong dan share seramai 3 orang. Boleh didapati di Seopjikoji lighthouse.

5. Octopus Bakar

15276521_1815165258766275_929195150624686080_n

Ini octopus (sotong kurita), rasanya berbeza dengan sotong biasa yang dimakan di Malaysia. Kita boleh pilih samada nak dicampurkan dengan sos pedas atau tak. Secucuk sotong berharga 3000-4000won. Boleh beli di Seongsan Sunrise Peak atau Jusangjeolli.

6. Tteokpokki

92958_1441959623706

Tteokpokki ialah rice cake, fish cake dan sedikit sayur yang dimasak didalam kuah pedas. Ini merupakan street food yang terkenal di Korea. Satu mangkuk tteokpokki berharga 3000won, ada dijual di Jusangjeolli. Sangat berbaloi untuk anda cuba.

7. Ais Krim Hallabong / Kacang

11376367_476597899180712_570956208_n

Ais krim Hallabong ialah aiskrim yang dibuat dari buah oren Hallabong dan aiskrim ini hanya boleh didapati di Jeju sahaja. Rasa oren sangat fresh dan pekat, tak rugi untuk cuba. Anda juga boleh cuba ais krim kacang yang biasanya dijual di kedai yang sama. Satu cawan aiskrim berharga 3000won-4000won, boleh didapati di Dongmun Market, Jusangjeolli, dan Seongsan Sunrise Peak.

8. Jus Hallabong

12825832_1707542419501254_1161876674_n

Selain dari aiskrim, anda juga boleh cuba jus Hallabong. Ia banyak dijual di kawasan tourist attractions. Sebotol jus Hallabong biasanya 3000won-3500won.