Adakah anda bakal ke Jeju? Anda boleh pelajari beberapa loghat Jeju untuk memikat hati orang tempatan di sana. Pasti mereka terpegun anda mampu bercakap Korea dengan loghat Jeju. Di sini kami senaraikan 10 perkataan mudah yang boleh anda pelajari.

  1. 아방 (Abang) = Bapa
  2. 어멍 (Eomong) = Ibu
  3. 하르방 (Hareubang) = Atuk
  4. 할망 (Halmang) = Nenek
  5. 삼춘 (Samcheun) = Makcik / Pakcik (dalam drama mereka selalu panggil ‘Ahjumma’ / ‘Ahjussi’)
  6. 고맙수다 (Gomabsuda!) = Terima Kasih
  7. 잘 먹쿠다 (Jal Meokkuda) = Terima Kasih Untuk Makanan Ini
  8. 반갑수다! (Ban Gabsuda) = Senang Bertemu Dengan Awak (nice to meet you)
  9. 예 (Yea) = Ya
  10. 아니우다 (Ani Uda) = Tidak / Bukan

Mudah kan? Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda yang bakal ke Jeju!