fbpx

Menarik Di Jeju Sepanjang Musim Luruh.

Sedar tak sedar tak lama lagi musim luruh bakal tiba. Terbayang-bayang di kepala kecantikan musim luruh dengan daun-daun yang berguguran. Dengan warna-warna merah, coklat dan kuning keemasan. Musim luruh adalah diantara musim yang paling cantik sekali dengan suhu yang sedang-sedang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Pakaian pun hanya perlu memakai ‘trench coat’ ataupun ‘sweater’, tanpa perlu memakai coat yang tebal.

Pulau Jeju juga tidak kurang cantiknya sepanjang musim luruh. Keindahan di Pulau Jeju tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dan terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan dan tempat yang boleh dilawati sepanjang musim luruh di Pulau Jeju tau!

1. Mendaki Gunung Hallasan

Gunung Hallasan merupakan gunung yang tertinggi di Korea Selatan dengan ketinggian 1’950m yang terjadi daripada aktiviti letusan gunung berapi yang berlaku beberapa juta tahun dahulu. Terdapat beberapa trail yang boleh digunakan untuk mendaki Gunung Hallasan. Antaranya Seongpanak Trail, Eorimok Trail dan Yeongsil Trail. Jika anda seseorang yang sukakan cabaran boleh lah cuba mendaki melalui Seongpanak trail kerana ianya merupakan trail yang paling mencabar sekali. Jangan risau walaupun penat mendaki, Gunung Hallasan menjanjikan pemandangan yang sangat cantik dan berbaloi untuk didaki. Anda juga boleh melihat kawah gunung berapi dari puncak Hallasan.

2. Sagumburi Crater ( Ladang Ogsae)

Ogsae merupakan lalang yang tumbuh meliar di sekitar bukit dan tepi jalan. Jika anda memandu bolehlah berhenti di tepi-tepi jalan untuk mengambil gambar bersama Ogsae. Ogsae ini cuma ada sepanjang musim luruh sahaja. Amatlah rugi jika and terlepas peluang untuk mengambil gambar di ladang-ladang Ogsae tersebut. Cantik sangat dengan warna silver dan melambai-lambai ditiup angin Jeju.

3. Memetik oren

Musim luruh merupakan waktu dimana oren-oren di Jeju mulai berputik dan mengeluarkan buah. Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama-sama mencuba memetik buah-buah oren di ladang-ladang oren di Jeju. Anda boleh melihat betapa ranumnya buah-buah oren yang bergantungan di pokok-pokok. Jangan terkejut, pokok oren ini tumbuh merata-rata dan anda boleh melihat pokok-pokok ini sepanjang jalan di Jeju. Tapi pastikan anda meminta izin dulu la sebelum memetik oren-oren tersebut. Oren juga merupakan tanaman utama di Jeju. Dari sabun mandi ke jam makanan semuanya dihasilkan dari ekstrak oren tau!

4. Berbasikal

Musim luruh merupakan waktu yang paling sesuai untuk berbasikal. Kerana diwaktu inilah cuaca sangat nyaman dan tidak terlalu panas. Jadi jangan risau anda pasti tidak akan terkena ‘sunburn’. Anda boleh menyewa basikal dan mengayuh basikal di sepanjang persisiran pantai Jeju dimana anda bakal menikmati keindahan pemandangan laut dengan burung-burung yang berterbangan dengan daun-daun keperangan yang mula berguguran. Pasti anda tidak akan dapat melupakan pengalaman dan pemandangan tersebut!

5. Haenyo (Woman Divers)

Di waktu ini anda akan melihat begitu ramai haenyo yang akan turun ke laut untuk mencari hasil laut samada untuk dimakan sendiri dan dijual untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka adalah nenek-nenek tua yang menyelam di dasar laut tanpa menggunakan tangki oksigen pun tau! Nenek-nenek ini mampu menyelam selama hampir dua minit hingga ke dasar laut untuk mengutip hasil-hasil laut seperti abalone, gamat laut, sotong dan sebagainya. Purata umur mereka adalah diantara 60 tahun hingga ke 90 tahun. Anda juga boleh mencuba membeli hasil laut tersebut dan makan ia secara mentah. Rasanya sangat segar dan sedap!

Macam mana? Adakah anda teruja dengan musim luruh yang bakal tiba tak lama lagi ini? Pakej di Jejumuslimtravel juga khabarnya hampir penuh kerana masing-masing ingin menyaksikan sendiri kecantikan musim luruh di Jeju. Anda semua jangan lepaskan peluang ya. Jom sama-sama kita meneroka Pulau Jeju di musim luruh ini.